GUA MUSANG - Nama Gua Cha bukanlah asing lebih-lebih lagi kepada pengkaji sejarah. Malah namanya juga dicatatkan dalam teks sejarah sezaman dengan Gua Niah (Sarawak), Bukit Tengkorak (Sabah) dan beberapa lokasi terpenting dalam sejarah peradaban negara.
Terletak 16 kilometer dari Kuala Betis, Gua Cha juga menjadi tumpuan strategik kepada pengkaji sejak zaman sejak awal 1900-an lagi. Kajian arkelogi membuktikan kawasan pendalaman ini Kelantan dihuni kira kira 10,000 tahun yang lampau.
Di lokasi ini, ada dua lagi gua dikenali sebagai Gua Batu Kukup dan Batu Lindungan serta mempunyai kesan lubang yang digali pengkaji selepas penemuan pelbagai jenis tembikar purba.
Pada tahun 1954, terdapat kajian dilakukan G. D Seivenking warga England dengan mengguna jalan udara bagi mengelak serangan komunis.
Hasilnya mereka menemukan rangka manusia Hoabinhian termasuk barangan termasuk tembikar dan kini disimpan di University of Cambridge.
Itu cerita 70 tahun dahulu, tetapi hari ini, nama Gua Cha masih gah, tetapi ia hanya sekadar hebat pada luaran dan nama sahaja.
Tinjauan Sinar Harian ketika mengikuti satu ekspedisi baru-baru ini mendapati kawasan ini tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berwajib.
Mungkin lokasi jauh di pedalaman membuatkan ia tidak menjadi keutamaan pihak berwajib untuk mengharmonikan lokasi itu khususnya kepada pelancong dalam dan luar negara.
Hampir semua kemudahan yang disediakan termasuk bilik mandi dan tandas di kawasan pusat pelancongan tidak dijaga.
Malah ada juga yang runtuh dan keadaan itu menyulitkan bagi mereka yang ingin bermalam atau berkhemah.
Lokasi itu juga tidak lagi terurus dan kelihatan semak samun di lokasi masuk yang mengundang bahaya kepada mereka yang ingin melaluinya.
Apa yang lebih membimbangkan lokasi itu turut terjejas berikutan terdapatnya aktiviti pembalakan berdekatan sekali gus menyebabkan arkeologi berhampiran terjejas.
Persoalannya, tidak adakah satu usaha agresif daripada pelbagai pihak dalam usaha menyelamatkan lokasi ini daripada musnah di masa hadapan.
Bagi aktivis alam sekitar, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, kerajaan negeri perlu menghalang mana-mana syarikat atau agensi melakukan aktiviti pembalakan dan perladangan hutan berhampiran pusat arkeologi itu.
“Kami terkejut bila melihat gambar dari udara mendapati air sungai berhadapan Gua Cha keruh pekat, aktiviti pembalakan di Hulu Sungai Nenggiri dibimbangi akan menjejaskan kualiti air sungai lokasi sebagai tarikan pelancongan.
“Kerajaan negeri melalui jabatan alam sekitar perlu memantau dan mengambil tindakan di atas aktiviti perladangan yang betul dan masuk dalam kawasan zon penampang yang ditetapkan,” katanya.
Bagi penduduk Gua Musang, Mustafa Ahmad, beliau kecewa kerana di kawasan inilah rangka manusia terpanjang di dunia yang dipercayai mati dan ditanam dalam gua berkenaan tidak diselia dengan baik.
“Semak samun yang semakin menutupi pandangan Gua Cha ini sangat merugikan kepada negeri kerana ia produk pelancongan yang bernilai tinggi," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: