JOHOR BAHRU – Sejumlah wang tunai RM2,760 ditemui anggota bomba dalam operasi memadam dan menyelamat wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terbakar kira-kira jam 5.45 petang Selasa lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Ibrahim Omar berkata, wang tunai RM10 sebanyak 276 keping itu ditemui anggotanya di dalam laci meja di bilik ICU HSA yang terbakar.
Menurutnya, wang tunai yang ditemui masih elok itu telah diserahkan kembali kepada pihak hospital melalui wakilnya, Doktor Tan Cheng Cheng selepas operasi memadam dan menyelamat selesai dijalankan pada malam hari kejadian.
“Kita serahkan semula wang tunai RM2,760 yang ditemui dalam keadaan selamat kepada wakil hospital pada malam itu juga melalui Borang Penyerahan Mangsa dan Barangan Awam.
“Kita gembira apabila anggota kita jujur menyerahkan wang tunai yang ditemui itu semula, seperti kes sama pernah berlaku membabitkan kebakaran rumah kedai di Tampoi sebelum ini,” katanya.
Kebakaran yang membabitkan wad ICU HSA itu telah meragut nyawa enam pesakit yang sedang dirawat di unit berkenaan.
Operasi memadam dan menyelamat melibatkan 10 jentera bomba dengan 160 anggota penyelamat dari pelbagai agensi.
Bagaimanapun, anggota bomba berdepan situasi sukar kerana asap terlalu tebal sehingga menyukarkan usaha membawa keluar mangsa dari wad ICU ke Pusat Kawalan Bomba di aras bawah sayap timur bangunan induk HSA.
Laporan lengkap siasatan kebakaran tersebut hanya akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu selepas kejadian.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: