PELAKON Yaya Maembong mengakui sukar meninggalkan dunia lakonan walaupun lebih setahun dia tidak berlakon dan menumpukan perhatian kepada anak dan rumah tangga.
Menurut Yaya atau nama sebenarnya, Rabbiatul Adawiyyah, biarpun dia pernah cuba beralih kerjaya lain, namun akhirnya dia pasti kembali kepada kerjaya seni.
“Memang susah nak buat benda lain, apatah lagi saya sudah berlakon dan terlibat dalam bidang seni hampir 18 tahun.
“Selepas lama berehat kerana mengandung dan bersalin, saya ada terfikir berhenti berlakon dan untuk menjadi suri rumah sahaja, tetapi bila ada seorang rakan memberikan tawaran berlakon teater, saya terus terima pula,” ujarnya.
Berbanding drama TV, Yaya yang juga isteri kepada pelakon Wan Raja ini sebenarnya lebih aktif di pentas teater, malah sehingga kini dia telah berlakon lebih 30 teater.
“Suatu ketika dulu, tawaran berlakon teater tidak putus datang dan setiap tahun saya terlibat dua atau tiga pementasan teater sekurang-kurangnya.
“Jadi sekarang apabila kembali mendapat tawaran untuk beraksi di pentas menerusi Teater Selawat Ibu Selepas Isyak, semangat untuk terus berlakon kembali tinggi dan sekalipun niat untuk berehat dari dunia lakonan terpaksa dipertimbang semula,” akuinya jujur.
Meskipun sibuk dengan persiapan teater terbaharu lakoanannya itu, kata Yaya tanggungjawabnya kepada rumah tangga dan cahaya matanya, Seri Aileen Marissa, 6 bulan tidak akan diabaikan.
“Disebabkan anak masih menyusu badan, saya memang sentiasa membawa bersama walaupun ketika sesi latihan atau apa sahaja aktiviti yang memerlukan kehadiran saya.
“Apapun ia sedikit tidak mengganggu kerja-kerja saya kerana anak jenis yang tidak meragam dan cukup senang dijaga,” katanya yang juga merupakan seorang pelukis ini.
Dalam pada itu, Yaya turut berkongsi perkembangan anak sulungnya itu yang kini turut terlibat bidang seni apabila dapat tawaran berlakon dalam drama lakonan adiknya, Emma Maembong.
“Produksi drama tersebut memberi tawaran kepada anak saya mungkin kerana wajahnya tidak jauh beza dengan ibu saudaranya yang merupakan watak utama drama tersebut.
“Saya anggap itu sebagai rezeki anak dan saya mahupun tidak menghalang jika suatu hari nanti dia akan mengikut jejak langkah kami dalam bidang seni,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: