PENERBIT muzik terkenal Simon Cowell mengharamkan penyanyi yang juga bekas anggota kumpulan One Direction iaitu Niall Horan daripada mengadakan persembahan solo menerusi program The X-Factor.
Mirror melaporkan Simon yang juga penerbit eksekutif program berkenaan berang dengan Niall kerana penyanyi itu menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Universal Music.
"Simon menyangka kesemua anggota One Direction akan menunjukkan kesetiaan selepas dia sendiri mendidik mereka dan menjadikan mereka bintang terkenal dunia.
"Sebaliknya mereka menikamnya dan berpindah syarikat rakaman tanpa pengetahuannya dan itu cukup membuatkan Simon berang," kata sumber.
Niall dilaporkan sepatutnya muncul dalam program itu untuk memyampaikan lagu solo terbaharunya berjudul This Town.
Simon turut melarang seorang lagi anggota One Direction iaitu Liam Payne muncul dalam program sama.
Penyanyi di United Kingdom gemar membuat kemunculan di The X-Factor kerana program itu memunyai lapan juta penonton dan bagus untuk mempromosikan lagu terbaharu mereka.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: