BATU PAHAT - Seekor ular sawa batik betina seberat 100 kilogram berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Rahmat, Jalan Tanjung Laboh, di sini, kelmarin.
Pegawai APM Batu Pahat, Staf Muda Syahir Zahari berkata, anggotanya menerima panggilan daripada seorang penduduk yang terlihat ular sawa sepanjang lima meter itu di belakang rumahnya kira-kira jam 11.45 malam.
Menurutnya, sebaik menerima laporan itu, empat anggota bergegas ke lokasi untuk menangkap reptilia berkenaan.
“Kita terpaksa bawa kelengkapan khas untuk menangkap reptilia ini kerana saiznya yang agak berbeza dengan saiz ular yang biasa kami tangkap,” katanya.
Menurut Syahir, operasi menangkap ular sawa batik tersebut mengambil masa selama 30 minit dengan dibantu penduduk kampung.
“Ular itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sangkar dan dibawa ke pejabat APM Batu Pahat untuk tindakan selanjutnya.
“Hasil siasatan, orang awam menemui ular sawa itu di kawasan semak di bahu jalan berhampiran sebuah rumah sebelum menghubungi kami.
“Ular itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Batu Pahat dan saya menasihati orang awam supaya tidak bertindak sesuka hati kerana bimbang haiwan seperti ini boleh mencederakan serta mendatangkan bahaya,” katanya.
Sementara itu, pengadu, Maswita Isnin, 35, berkata, sebelum itu rakannya memberitahu ternampak seekor ular sawa yang sangat besar.
“Ketika terlihat ular yang dijumpai itu, ternyata ia sangat besar dan dipercayai berkeliaran di kawasan kebun sawit untuk mencari makanan pada waktu malam.
“Selepas itu, saya terus hubungi APM untuk ambil tindakan selanjutnya,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: