SIK - Rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar di Tasik Beris kerana ia mempunyai daya tarikan tersendiri.
Kebiasaannya pengguna Jalan Raya Sik- Gulau akan singgah di dataran Chalet Tasik Beris Inn untuk merakam keindahan alam di sini dengan lensa kamera masing-masing.
Pengunjung, Ahmad Bukhari Ayub, 26, dari Kuala Ketil, berkata, keindahan Tasik Beris dapat dirakam terutamanya di sebelah petang.
Menurutnya, Pulau yang terletak di seberang Tasik Beris menggamit rasa teruja untuk merakam kenangan.
“Bagi saya yang menarik di Tasik Beris ialah bukit bukau yang diliputi oleh awan dan kabus, seolah-olah seperti musim sejuk.
“Pemandangan di sini ibarat di Kepulauan Sumatera Barat, Indonesia,” katanya di sini semalam.
Pengunjung, Halijah Abd Ghani, 61, dari Kuala Lumpur berkata, pemandangan Tasik Beris berlatar belakang sebuah bukit itu begitu indah dan menarik.
Menurutnya, dengan awan yang menutupi bukit, kawasan itu ibarat di Danau Toba, Indonesia,” katanya .
“Pemandangan di sini cukup indah, hutannya juga masih dara dan original,” katanya .
Abd Rahim Yaacob, 60, dari Kampung Padang Dan, Kupang, Baling, berkata, suasana di Tasik Beris sesuai untuk percutian.
Menurutnya, keindahan tasik itu dianggapnya seperti di luar negara.
“Di sini sesuai untuk istirehat dan perjumpaan santai, pemandangan di sini boleh tenangkan fikiran terutama waktu pagi dan petang, ”katanya .
Sementara itu, Kamaruddin Salleh, 65, berkata, kerajaan negeri perlu lebih giat menarik kedatangan pelancong.
Menurutnya, Tasik Beris mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan, namun setakat ini kawasan di sini umpama terbiar.
“Kerajaan negeri perlu cari jalan untuk majukan Tasik Beris, banyak projek di sini terbiar.
“Jika di negeri lain mungkin sudah dimajukan dan dijadikan tempat pelancongan,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: