IPOH – Perak merupakan negeri pertama menggunakan sistem Perakuan Nikah Segera (PerakNis) yang mengeluarkan sijil nikah dalam tempoh satu minit berbanding 14 hari sebelum ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, penyerahan perakuan nikah atau sijil nikah akan diberikan serta merta selepas akad nikah.
Menurutnya, inisiatif yang dilaksanakan ini bagi meningkatkan penyampaian dan kualiti perkhidmatan Jaipk terutama kepada pasangan pengantin.
“Melalui projek perintis di Kuala Kangsar tahun lalu yang mendapat sambutan menggalakkan, kini sistem itu telah diguna pakai di seluruh negeri yang mana pelancarannya pada Februari 2016,” katanya.
Beliau berkata, sistem yang digunakan ini juga bertujuan mengekang sindiket sijil nikah palsu serta lambakan sijil nikah yang tidak diambil pasangan di pejabat-pejabat agama daerah.
“Sekiranya ada dalam kalangan pengantin yang menerima surat nikah beberapa hari selepas majlis akad nikah, ada baiknya jika mereka menyemak dengan teliti agar tidak terpedaya dengan sindiket tersebut.
“Jika ada keraguan dapatkan kepastian dengan Jaipk. Tiada ejen, syarikat atau orang tengah yang menguruskan permohonan perkahwinan dan ia hanya dilakukan di pejabat agama,” katanya.
Jelasnya, untuk mengelak dari ditipu, semua urusan pernikahan perlu melalui pejabat agama iaitu badan yang bertanggungjawab dalam hal berkenaan.
“Perkahwinan ini sangat penting kerana akhirnya ia berkaitan dengan soal keturunan. Kita khuatir pernikahan tersebut tidak sah gara-gara sindiket berkenaan yang akan membawa masalah di kemudian hari,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, masalah lain yang dihadapi adalah surat nikah yang tidak dituntut malah ada antaranya hampir empat tahun tidak diambil oleh pasangan.
Mohd Yusop berkata, mereka hanya akan teringat atau mencari semula apabila rumah tangga bermasalah misalnya, berlaku penceraian, isteri mengandung dan bersalin, anak memasuki sekolah serta lain-lain.
Tambahnya, dengan wujudnya sistem ini, ia sekali gus menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Jaipk pada masa sama memudahkan pelanggan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: