Saturday, October 29, 2016

MJ (Astro) Turun 10 Kilogram Dalam Masa Tiga Minggu




AHLI kumpulan Astro, iaitu MJ, mengakui dia hanya makan sekali sehari sebelum pukul 6 petang sebagai diet untuk menurunkan berat badan.
MenerusiVariety HR, MJ berkata, dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram dalam tempoh masa tiga minggu sahaja sebelum memasuki industri hiburan pada tahun 2012.

"Berat badan saya mudah naik dan sebelum uji bakat menyertai Astro, mereka meminta saya mengurangkan berat badan jika mahu menjadi penyanyi.

"Selepas itu saya berazam untuk kurangkan berat badan daripada 180 kilogram kepada 170 kilogram," ujarnya.

Selain itu, kata MJ, diet pemakanan tersebut benar-benar berkesan menurunkan berat badannya.

"Saya hanya makan sehari sekali sahaja iaitu sebelum pukul 6 petang dan berhenti selepas pukul 6.

"Ia perlu disiplin dan fokus yang tinggi," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: