Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, berkata, dia enggan melayan lagi perkara berkenaan yang hanya menganggu fokus terhadap pertandingan nyanyian Gegar Vaganza 3 yang disertainya.
"Sekarang ini yang jahat semua saya, yang tendang terajang, yang busuk semua saya. Tidak apalah saya terima sahaja apa yang dia tuduh kepada saya itu.
"Saya tahu tentang akuan sumpah 'istikharah cinta' setebal 20 helai itu yang boleh dijadikan skrip drama. Biarlah apa dia mahu kata, dia sahaja yang baik dan mulia dalam dunia ini," ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.
Azmi Hatta menunjukkan akuan bersumpah yang mengandungi 45 perkara mengenai rumah tangganya sebelum ini.
Elly mengulas tuduhan bekas suaminya pengarah Azmi Hatta pada Selasa yang mendedahkan telah ditumbuk, disepak dan terajang oleh pelakon wanita itu.Pendedahan itu dibuat dalam akaun bersumpah yang menyenaraikan 45 perkara berkaitan hal rumah tangga yang dibina sebelum ini.
Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan.
Terdahulu pada Selasa, Azmi mengadakan sidang media di Taman Tasik Titiwangsa di sini bagi menjelaskan beberapa isu berbangkit tentang perceraiannya dengan Elly Mazlein.
Pengarah itu turut mendakwa Elly bersikap terlalu cemburu sehingga menjadikan beberapa pelakon wanita yang terlibat dalam drama bawah arahannya sebagai mangsa keadaan.
Sementara itu, Elly berkata, dia juga akan menghentikan sindiran di laman sosial Instagram atas permintaan peminat-peminatnya.
"Demi keluarga dan permintaan pengikut saya, saya juga tidak akan muat naik apa-apa kisah berkaitan pasangan tersebut lagi," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: