SELEPAS tiga tahun tidak aktif, pelakon Lee Min Ho kembali dengan drama terbaharu berjudul Legend Of The Blue Sea.
Pelakon itu mengakui berasa gementar untuk kembali ke dunia lakonan selepas mengambil keputusan untuk berehat.
Min Ho yang membawakan dua watak berbeza dalam drama berkenaan turut memberitahu bimbang dengan reaksi penonton dan peminat terhadap projek terbaharunya itu nanti.
"Saya gementar dan tidak sabar untuk melihat bagaimana reaksi penonton kerana peranan saya dalam drama ini sangat mencabar apabila perlu membawakan dua watak berbeza.
"Saya perlu menjadi seorang bangsawan dan dalam masa sama menjadi seorang penipu," ujarnya seperti dipetik Soompi.
Drama baharu terbitan SBS itu merupakan drama kemunculan semula Min Ho selepasThe Heirs yang ditayangkan pada 2013.
Legend of The Blue Sea bakal disiarkan pada 16 November depan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: