Soompi melaporkan Jay menyerahkan semua hasil kutipan persembahannya pada festival yang diadakan di kampus universiti itu untuk disalurkan kepada tabung dana bagi kegunaan pelajar.
"Sudah dua tahun Jay berbuat demikian dan dia seorang yang baik hati serta pemurah kerana memberikan semua kutipan daripada festival diadakan kepada pelajar," kata salah seorang peminatnya.
Menerusi status sama, pihak universiti turut memuji tindakan penyanyi itu kerana tidak pernah cuba mendapatkan publisiti seperti mana segelintir selebriti apabila mereka melakukan kerja amal.
"Apa yang kami lihat dia ingin berkongsi pengalaman dan muziknya dengan pelajar-pelajar di sini.
"Dia tidak pernah meminta publisiti kerana kebaikannya dan itu membuatkan Jay sangat istimewa," kata status itu lagi.
Sementara itu, Jay kini sedang dalam proses pembikinan album terbaharunya berjudulEverything You Wanted yang dijangka berada di pasaran pada 20 Oktober ini.
Penyanyi itu juga dikatakan bakal berduet dengan Yoon Mi Rae dan Far East Movement.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: