PELAKON Fattah Amin menafikan dia dan Neelofa sedang bercinta seperti yang didakwa sesetengah pihak ekoran keserasian yang ditunjukkan antara mereka ketika menjayakan drama Suri Hati Mr Pilot.
"Seperti mana saya katakan sebelum ini, kami cuma rakan biasa sahaja. Jadi, setiap dakwaan yang mengatakan kami bercinta sebenarnya sekadar gosip semata-mata.
"Keserasian sesama kami muncul secara natural dan tidak dibuat-buat, selain masing-masing berusaha untuk memberikan yang terbaik seperti mana yang dikehendaki oleh pihak pengarah” katanya dipetik Kosmo Online.
Sebelum ini, pelakon berusia 26 tahun itu dilaporkan bercinta dengan pelakon dan penyanyi Sherry Ibrahim namun percintaan mereka putus sekitar Ogos lalu selepas dua tahun menyulam cinta.
Kata Fattah, buat masa ini dia belum bersedia untuk kembali bercinta memandangkan banyak perkara lain yang perlu difikirkannya.
“Saya tidak pernah mencampur-aduk urusan kerja dan peribadi sejak mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini.
"Jadi ada baiknya saya kekal fokus terhadap perkembangan karier terlebih dahulu," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: