
Samir Younes
KEMUNCAK Jaya Teknologi mengendali penyelesaian digital pembelian hadiah, QashGift menyasarkan 100,000 pelanggan menjelang Mac tahun hadapan.
Pengarah Pembangunan Perniagaannya, Samir Younes berkata, QashGift hanya boleh digunakan bermula 15 Disember ini menerusi aplikasi mudah alih.
"Buat masa ini, kami tidak ada pelanggan dan kami sentiasa membuka pendaftaran ahli menerusi aktiviti promosi bergerak termasuk laman-laman sosial.
"Bagaimanapun, kami yakin jumlah pelanggan itu dapat dicapai berikutan trend penggunaan internet yang menggalakkan di kalangan pengguna di Malaysia," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pelancaran QashGift di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, pendaftaran untuk ahli dan peruncit yang berminat menyertai QashGift adalah percuma.
Jelasnya, setakat ini, QashGift mempunyai beberapa peruncit terkemuka antaranya Ehsan Living Style, Gloria Jeans, Circle K, Airwheel Malaysia dan My Eye Optometry.
Samir berkata, pihaknya juga berhasrat untuk mempunyai sehingga 1,000 peruncit menjelang Mac tahun hadapan.
QashGift adalah satu penyelesaian digital kepada pengguna untuk membeli hadiah dengan proses pembelian yang mudah dan pantas.
Samir berkata, pembeli dan penerima perlu mempunyai akaun QashGift, hadiah itu akan dihantar kepada penerima menerusi akaun QashGift mereka.
"Bagi menebus hadiah tersebut, penerima perlu ke kedai peruncit yang tersebut dan memberikan kod QR QashGift untuk menebus hadiah.
"QashGift mudah, menjimatkan masa dan merupakan cara yang bijak untuk membeli hadiah untuk semua," katanya.
QashGift juga boleh dilayari menggunakan pelbagai peranti sama ada IOS mahupun windows.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: