Saturday, December 5, 2015

Budak 4 tahun nyaris kena patuk



Budak 4 tahun nyaris kena patuk
Anggota JPAM berjaya menangkap ular tedung selar yang menyelinap masuk ke dalam sebuah rumah di Kampung Paya Ara.
BERUAS - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun nyaris dipatuk seekor ular tedung selar yang menyelinap masuk ke dalam rumahnya di  Kampung Paya Ara, di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 4.05 petang itu, kanak-kanak terbabit dikatakan terserempak dengan reptilia berbisa berkenaan ketika dia ingin mengambil sesuatu di dapur rumahnya.
Anggota Tugas Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Manjung, Lans Koperal Mastura Bariah Mat Rawi berkata, sebaik melihat ular tedung selar itu, kanak-kanak terbabit segera memaklumkannya kepada ibunya yang berada di ruang tamu.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.10 petang dan seramai lima anggota bergegas ke tempat kejadian.
“Kami dimaklumkan, kanak-kanak itu ke dapur untuk mengambil barang dan terkejut melihat ular masuk melalui tingkap dapur dan terus bersembunyi di bawah peti ais.
“Nasib baik kanak-kanak itu beritahu ibunya dan bapanya segera memaklumkan kepada kami,” katanya.
Beliau berkata, anggota JPAM mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular itu kerana ia berada di bawah peti ais.
“Disebabkan kedudukan ular yang berada di bawah peti ais, kami mengambil masa sedikit untuk menangkapnya selain ular itu juga agak agresif,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: