Saturday, December 5, 2015

90 peratus hoverboard dirampas di Britain



Hoverboard
Hoverboard
LONDON - BRITAIN. hampir 90 peratus hoverboard yang diimport telah dirampas sejak bulan Oktober lepas dengan alasan gajet berkenaan berisiko tinggi untuk meletup.
Menurut laporan CNN Money, 15,000 hoverboard dirampas di seluruh negara kerana dilengkapi plug yang tidak mematuhi piawaian.
"Soket pada hoverboard (yang diimport) mempunyai risiko tinggi untuk menjadi terlalu panas (overheat), meletup atau disambar api," kata kenyataan dari U.K. National Trading Standards.
Menurut kenyataan tersebut, kebanyakan hoverboard yang dirampas adalah produk yang dibeli diatas talian dan untuk dijual semula. Difahamkan, keadaan soket hoverboard yang tidak mempunyai fius menimbulkan keadaan merbahaya dalam keadaan bateri sudah penuh selepas ditinggalkan untuk dicas.
"Orang ramai jangan terpengaruh dengan trend terbaru ini dan mengabaikan keselamatan," kata kenyataan tersebut lagi.
Selain daripada hoverboard import, produk tempatan keluaran Halfords juga dipanggil semula (recall) November lepas kerana tidak mematuhi piawaian Britain.
Pengilang, Costco Wholesale UK pula menghantar soket baru kepada para pembeli produk hoverboard 'Air Runner' kerana bimbang risiko renjatan elektrik.
2 November lepas, sebuah keluarga kerugian lebih 25,000 pound (RM165,385.50) selepas sebuah hoverboard meletup di kediaman mereka.
Oktober lalu, pihak berkuasa London mengeluarkan larangan penggunaan hoverboard di jalan raya dan kawasan pejalan kaki awam.
Hoverboard cuma boleh digunakan di kawasan perumahan atau penempatan milik peribadi.
Sebuah negeri di Amerika Syarikat, New York juga melarang penggunaan hoverboard.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: