Keunikan dan kecantikan ikan arowana mampu menembusi pasaran Eropah dan Amerika Syarikat sekiranya dipromosi dengan betul.
GUNUNG SEMANGGOL - Usaha memartabatkan semula industri arowana di negara perlu dilaksanakan dengan lebih efisien bagi memastikan status Malaysia sebagai salah satu pengeksport terbesar ikan hiasan itu tidak terjejas.
Setiausaha Persatuan Penternak Arowana Utara Malaysia, Sahibol Anwar Arba’e berkata, industri ikan arowana yang pernah menjadi popular dalam kalangan peminat ikan hiasan tempatan sekitar 2004 kini mengalami kejatuhan mendadak dan bakal tenggelam sepenuhnya sekiranya tiada langkah proaktif diambil.
Menurutnya, masalah lambakan ikan arowana dan saiz pasaran eksport yang terhad menyebabkan harga pasaran ikan arowana jenis Malaysian Gold semakin merudum.
“Masalah kejatuhan industri ini makin parah apabila wujudnya orang tengah yang menawarkan harga belian ikan pada kadar sangat rendah.
“Apabila pengusaha ikan arowana terutama bumiputera berdepan kesukaran untuk memasarkannya, mereka terpaksa menerima tawaran rendah ditawarkan ejen orang tengah bagi mengelakkan kerugian.
“Berikutan itu, langkah paling penting adalah berusaha menghapuskan peranan orang tengah di samping menetapkan harga pasaran ikan arowana spesies Gold Malaysian bersaiz minimum 4 inci pada harga lantai yang munasabah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kampung Tebuk Panchur di sini.
Bayaran premium, caj cukai tahunan tinggi
Sahibol Anwar berkata, selain berhadapan masalah harga pasaran ikan arowana tidak menentu, lebih 50 pengusaha ikan arowana di kawasan Bukit Merah, di sini terpaksa menanggung bayaran premium dan caj cukai tahunan tinggi dikenakan pentadbir tanah.
Menurutnya, caj cukai tahunan dikenakan amat membebankan pengusaha ikan arowana berikutan kadarnya disifatkan jauh lebih tinggi daripada caj yang dikenakan terhadap pengusaha kolam udang.
“Berikutan itu, pihak persatuan menggesa pentadbir tanah mengkaji semula kadar bayaran premium dan caj cukai tahunan yang bakal dikenakan terhadap pengusaha.
“Seharusnya caj cukai tahunan yang dikenakan perlu setara dengan caj cukai bagi aktiviti perikanan atau pertanian lain, lebih-lebih lagi pada saat industri arowana sedang merudum ketika ini,” katanya.
Promosi keunikan di peringkat antarabangsa
Selain itu, Sahibol Anwar turut menggesa Jabatan Perikanan dan Kementerian Pelancongan meningkatkan inisiatif mempromosi keunikan industri ikan arowana di peringkat antarabangsa.
Menurutnya, inisiatif mempromosi dan memberi publisiti terhadap kualiti ikan arowana spesies Gold Malaysian Arowana perlu dilaksanakan lebih serius dan tidak sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.
“Usaha mempromosi keunikan arowana seharusnya menjadi tumpuan utama agensi kerajaan terlibat, lebih-lebih lagi ikan arowana tergolong dalam spesies yang memerlukan penerimaan sijil Konvensyen Antarabangsa Spesies Terancam (CITES) untuk membolehkannya dieksport,” katanya.
Pantau aktiviti penyeludupan
Dalam pada itu, Sahibol Anwar turut menyuarakan kebimbangan kemungkinan berlaku usaha penyeludupan ikan arowana secara tidak sah ke negara pengimport ikan.
Menurutnya, pihaknya mendapati angka trend eksport ikan arowana pada tahun 2014 hanya mencapai 25,203 ekor, jauh lebih rendah berbanding angka 131,938 ekor yang dieksport pada tahun 2013.
“Berikutan itu, pihak persatuan menggesa pihak penguat kuasa undang-undang mempertingkatkan pemantauan terhadap sebarang aktiviti penyeludupan ikan arowana terutama di kawasan sempadan.
“Sekiranya aktiviti ini terbukti berlaku dan tidak terkawal, harga pasaran ikan arowana pastinya tidak dapat dikawal dan kesemua pengusaha ikan arowana akan gulung tikar,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: