Deretan kedai yang dibina Piang Nam masih terdapat di pekan Senai.
TERLETAK 25 kilometer di utara bandar raya Johor Bahru, Senai terkenal sebagai bandar transit yang dahulunya adalah kawasan tempat tinggal pekerja sistem kangchu.
Adun Senai, Wong Shu Qi berkata, penempatan penduduk di situ juga dibina di kawasan parit antaranya Parit Hainan, Parit Heng Shun dan Ladang Swee Lam yang kini dikenali sebagai Bandar Putra.
Piang Nam teroka Senai
Mengikut cerita, seorang peneroka dikenali Wong Piang Nam telah membina bangunan rumah kedai dan banglo di lokasi pekan Senai sekarang.
Piang Nam asalnya adalah seorang pekerja biasa dari Belitung, Indonesia, namun menjadi kaya setelah berpindah dan berdagang di Senai.
“Struktur pekan Senai yang dibinanya masih digunakan sehingga kini dan rumah banglo yang dibina Piang Nam siap dibina pada tahun 1937 tetapi kini dimiliki oleh Persatuan Keturunan Wong Selatan Johor," katanya.
Tambahnya, kampung baru Cina pada ketika itu belum didirikan lagi kerana peneroka Cina lebih gemar tinggal di kawasan parit atau ladang. Manakala, keluarga Piang Nam yang ramai telah tinggal di banglo yang dibina di kawasan ladangnya sendiri.
Senai sempena nama pokok Sinai
Menurut Shu Qi, asal nama Senai tidak dapat ditentukan, namun disebabkan kawasan tersebut terdapat banyak pokok tempatan yang dikenali sebagai Sinai, maka kawasan itu mula dipanggil Sinai.
“Kalau anda pergi ke Pekan Senai, mungkin akan terlihat papan tanda kedai lama yang menggunakan nama Sinai,” katanya.
Tambahnya, kawasan Senai telah membawa perubahan besar daripada deretan kedai kini, terdapat kilang dan taman perumahan yang telah mengubah wajah kawasan itu.
Kemudahan lapangan terbang
Dilengkapi kemudahan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dan mula beroperasi pada 1974.
Senai kini siap sedia untuk menjadi hab logistik yang utama di Asia Tenggara pada masa akan datang apabila penghubung pengangkutan serta perkembangan logistik yang baharu menyepadukan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kata Shu Qi, pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ini meningkatkan kegiatan ekonomi kawasan ini. Oleh itu, banyak taman perumahan tambahan telah dibina untuk memenuhi keperluan infrastruktur Senai yang dikembangkan.
"Dianggarkan kira-kira 70,000 penduduk tinggal di kawasan Senai di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kulai.
"Antara kawasan perumahan yang terdapat di Senai adalah Taman Aman, Taman Dawani, Taman Bahagia, Taman Senai Jaya dan Taman Impian Senai," katanya.
Harap bangunan warisan dipelihara
“Sebelum era teknologi televisyen bermula, penduduk di Senai menonton tayangan filem setiap minggu dan kini kawasan itu turut menjadi tumpuan penduduk mendapatkan pelbagai jenis makanan buatan sendiri (homemade) selain menikmati kedai kopi.
“Diharap bangunan asal yang dibina Piang Nam yang merupakan bangunan warisan sekarang boleh dijadikan tarikan kepada generasi muda pada masa kini. Dahulu, penduduk di Senai bekerja sebagai pekebun atau peladang.
“Namun kini, Senai semakin dikenali sebagai kawasan perindustrian,” katanya yang mahu bandar Senai terus membangun sebagai tumpuan para pelancong.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: