Tuesday, September 1, 2015

Tenis: Maria Tarik Diri Dari Terbuka Amerika




Maria Sharapova
PEMAIN wanita nombor tiga dunia, Maria Sharapova telah menarik diri dari kejohanan Terbuka Amerika Syarikat iaitu siri jelajah Grand Slam penutup musim bagi tahun ini kerana masih belum pulih dari kecederaan kaki.
Ini adalah kali kedua dalam tempoh tiga tahun pemain tinggi lampai itu menarik diri dari kejohanan yang sama.
Sejak tewas di peringkat separuh akhir di tangan Serena Williams pada kejohanan Wimbledon Julai lalu, Maria tidak bermain walau dalam satu permainan pun.
"Saya telah mencuba seberapa daya yang mungkin tetapi saya tidak sempat untuk pulih sepenuhnya menjelang Terbuka Amerika. Saya memohon maaf kepada semua peminat saya dan juga kejohanan ini," kata Maria dalam laman facebooknya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: