Monday, September 28, 2015

Kaley Cuoco & Ryan Sweeting Mahu Cerai




Kaley Cuoco dan Ryan Sweeting nekad mahu berpisah selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
AWAL September lalu, industri hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita perpisahan penyanyi Avril Lavigne dan suaminya Chad Kroager.

Kali ini, pasangan romantis Kaley Cuoco dan Ryan Sweeting pula tampil dengan khabar buruk.

Menurut laporan E! Online, Kaley dan Ryan nekad membuat keputusan untuk bercerai selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

"Kaley dan Ryan sudah sepakat mahu bercerai dan sekarang mereka mahu diberi privasi tanpa gangguan mana-mana pihak," kata jurucakap pasangan berkenaan.

Bagaimanapun sehingga kini, punca perpisahan tersebut masih belum dirungkai mana-mana pihak.

Terdahulu Kaley dan Ryan berkahwin pada 31 Disember 2013.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: