Tuesday, September 29, 2015

Fouziah Gous Kesal Dituduh Tampil Nampak Pakaian Dalam




Fouziah menganggap isu baju yang digayakan ketika mengacarakan program Nona pada Ahad lalu dikatakan nipis sehingga menampakkan pakaian dalamnya sengaja diada-adakan.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Fouziah Gous menganggap tuduhan mengatakan dia memakai baju nipis sehingga menampakkan pakaian dalam ketika mengacarakan program Nona pada Ahad lalu sebagai tidak masuk akal.

Fouziah, 32, berkata, tindakan penulis di sebuah forum gosip membangkitkan isu itu sengaja diada-adakan untuk mensensasikan bahan tulisan mereka.

"Jujurnya saya tidak tahu isu pakaian berkenaan hebat diperkatakan kerana saya tidak membaca blog atau pun forum kerana blog dan forum sengaja mencipta atau mencari sesuatu perkara untuk disensasikan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Dalam pada itu, Fouziah berkata, sepanjang mengacarakan Nona, kru produksi sentiasa peka terhadap pemilihan busana yang akan digayakannya termasuk memastikan ia tidak keterlaluan sehingga menjolok mata.

Malah kata Fouziah, dia juga sentiasa memakai singlet pada setiap pakaiannya termasuk penampilannya yang dikritik pada program itu Ahad lalu.

Pakaian ini yang digayakan Fouziah, dikatakan nipis sehingga menampakkan pakaian dalam menerusi program Nona Ahad lalu.
"Saya tidak rasa nampak pakaian dalam kerana saya memakai singlet dan jika penampilan saya itu tidak sesuai pasti sudah ditukar oleh pihak produksi yang sentiasa peka terhadap aspek pemakaian.

"Sebab itu saya kata isu itu sengaja diada-adakan kerana sepanjang mengendalikan Nona pihak produksi memang meneliti apa yang akan saya pakai tambahan pula penerbit saya pun seorang wanita yang bertudung," jelasnya.

Sementara itu, Fouziah berkata, dia tidak mahu melayani gosip berkenaan kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.

"Lebih baik saya fokus kepada kerja yang ingin saya lakukan daripada melayan gosip seperti itu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: