Tiga bakat baharu itu adalah, Ricka Putri (Indonesia), artis duo iaitu Ferry (Indonesia) dan Tasha (Malaysia) serta C4lista iaitu kumpulan yang menggabungkan dua negara Malaysia dan Indonesia.
Pengurus A&R Warner Music (M), Mokhtaza Ahmad, berkata, pihaknya mahu mengubah strategi pemasaran dengan menggabungkan bakat baru daripada dua buah negara.
"Setakat ini kita belum pernah lihat gabungan bakat baru dari dua buah negara dan kehadiran Ricka, Ferry dan Tasha serta C4lista mampu memberi tarikan tersendiri terhadap peminat muzik tempatan.
"Bagi saya mereka adalah bakat baru yang memberi kelainan yang ada potensi untuk menarik pasaran industri kita," katanya kepada mStar Online.
Mokhtaza atau lebih mesra disapa Che Mok ditemui pada majlis pelancaran single lagu artis itu di pejabat Warner Music di sini pada petang Selasa.
Sementara itu, Ricka menyifatkan kehadirannya menembusi pasaran Malaysia menerusi lagu Cinta dapat menarik perhatian peminat muzik tempatan.
Penyanyi duo, Ferry dan Tasha pula menganggap gabungan mereka dalam lagu Berjanji ternyata menampakkan keserasian menyampaikan lagu tersebut.Mokhtaza atau lebih mesra disapa Che Mok ditemui pada majlis pelancaran single lagu artis itu di pejabat Warner Music di sini pada petang Selasa.
Sementara itu, Ricka menyifatkan kehadirannya menembusi pasaran Malaysia menerusi lagu Cinta dapat menarik perhatian peminat muzik tempatan.
"Pada asalnya kami memang tidak kenal antara satu sama lain dan kami disatukan menerusi lagu Berjanji. Alhamdulillah, kami serasi menyanyikan lagu tersebut," kata Tasha.
Manakala C4lista pula yang terdiri daripada empat anggota iaitu Ferhat (vokalis) dan Ray, dari Indonesia serta Kajai (gitaris) dan Paan (dram) dari Malaysia pula tampil menerusi Menentang Perjodohan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: