Wednesday, September 30, 2015

Budak 11 tahun jadi bidan sambut adik


Budak 11 tahun jadi bidan sambut adik

GEORGIA - AMERIKA SYARIKAT. Siapa sangka, seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun tanpa rasa takut menjadi bidan menyambut kelahiran adiknya.

Ibu James Duke, Kenyarda tidak menyangka akan bersalin lebih awal dari jangkaan.

Menurut Kenyarda, pada hari kejadian, tiada siapa berada di rumah kecuali anak lelakinya itu kerana suaminya pada ketika itu sedang bekerja.

"Saya tiba-tiba tidak boleh berjalan dan  rebah ke lantai," katanya.

James terus bergegas ke bilik selepas mendengar jeritan dari ibunya itu.

Dia yang tidak panik berdepan dengan situasi itu kemudian menelefon bantuan kecemasan dan tenang mengikut arahan operator.

Malah kanak-kanak itu tidak kekok memegang adiknya dan membaluti tubuh bayi itu dengan tuala sebelum bantuan kecemasan tiba.

Ibu serta bayi itu berada dalam keadaan baik.

Kenyarda kemudiannya menzahirkan rasa bangga dan kagum dengan tindakan anaknya itu.

"James melambangkan seorang lelaki yang berani dan bertanggunjawab," katanya lagi.

Sementara itu, James dalam pada itu berkata, selepas insiden itu dia mengubah cita-cita dari menjadi seorang pemain bola sepak kepada menjadi seorang doktor apabila dewasa nanti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: