Friday, September 25, 2015

Anne akui takut hantar anak ke nurseri!


Anne Ngasri

BIMBANG dengan kemalangan melibatkan bayi dan kanak-kanak yang sering berlaku di taska asuhan, selebriti tempatan, Datin Anne Ngasri atau Ngasriah Ngasri lebih selesa membesarkan anak-anaknya di rumahnya sendiri.

Menurut Anne, peningkatan laporan kemalangan di taska bayi dan kanak-kanak menyebabkan dia berasa takut untuk meletakkan anak-anak di bawah jagaan taska.

Faktor tersebut juga menyebabkan dia mengurangkan aktiviti seninya dan lebih selesa menumpukan perhatian terhadap anak-anak yang masih kecil.

“Saya mempunyai lima orang anak dan mereka semua masih kecil. Saya upah pengasuh di rumah untuk bantu saya menjaga anak-anak saya.

“Semua yang mengenali saya tahu bahawa saya adalah seorang yang amat mementingkan keluarga. Apa pun, keluarga saya tetap jadi keutamaan, memang saya tidak segiat dulu (dalam bidang lakonan) ini semua kerana anak-anak. Saya perlu fokus betul-betul pada mereka semua,” kata Anne yang ditemui dalam sebuah program, baru-baru ini.

Anne bagaimanapun tidak mengkritik keputusan ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke taska asuhan.

“Mereka adalah ibu bapa yang sibuk berkerjaya. Kita kena faham bahawa mereka ini tidak punya pilihan. Mereka perlu keluar bekerja dan satu-satunya pilihan adalah dengan menghantar anak-anak mereka di taska asuhan kanak-kanak.

“Bagaimanapun saya percaya, mereka tahu apa yang mereka buat, mereka pasti dengan pilihan (taska) mereka. Saya tidak boleh cakap lebih-lebih kerana situasinya berbeza bagi setiap orang,” katanya lagi.

Anne dikurniakan empat orang anak di sepanjang usia perkahwinan pertama dan keduanya.

Anak-anak Anne, Abdul Warits, 9, Abdul Wafri, 7, dan Nazharah Afrozah, 5, merupakan hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Wafi Hassan.

Anne dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Sufi Haraz setelah mendirikan mahligai bahagia bersama Datuk Mohd Sumali Reduan.

Manakala Sumali yang telah bercerai pada tahun 2010 mempunyai seorang anak lelaki, Suffian Hakim yang berusia 10 tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: