Penduduk berhimpun di Tokyo bagi membantah rang undang-undang kontroversi tersebut.
TOKYO - JEPUN. Sokongan rakyat Jepun terhadap Perdana Menteri, Shinzo Abe merosot selepas Parlimen negara itu meluluskan rang undang-undang kontroversi berhubung dasar pertahanan, yang menyaksikan tentera Jepun kembali berperang di luar negara buat kali pertama dalam tempoh 70 tahun.
Menurut satu tinjauan disiarkan akhbar harian Nikkei, semalam, sokongan terhadap Kabinet Abe jatuh kepada enam peratus daripada 40 peratus dalam tempoh kurang sebulan.
Malah, 47 peratus daripada responden tidak menyokong rang undang-undang berkenaan, meningkat sebanyak tujuh peratus daripada rating undian sebelum ini.
Hanya 31 peratus responden menyokong perubahan tersebut yang diluluskan pada Sabtu lalu lapor Reuters.
Dasar itu mencetuskan bantahan warga Jepun kerana berpendapat ia melanggar perlembagaan negara itu sebagai pencinta damai dan mungkin boleh mendorong semula negara berkenaan dalam konflik diterajui Amerika Syarikat (AS) selepas 70 tahun keamanan dikecapi di negara itu dengan berakhirnya Perang Dunia Kedua.
Abe sebelum ini menegaskan bahawa perubahan itu penting dalam dasar pertahanan Jepun sejak pewujudan tentera pasca-perang pada 1954, kerana negara itu perlu menghadapi cabaran baharu terutama daripada kebangkitan China.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: