Sunday, September 27, 2015

Akim, Stacy selamat bertunang



Akim, Stacy selamat bertunang
Akim Ahmad dan Stacy selamat mengikat tali pertunangan pada hari ini.
SETELAH bertahun menyulam ikatan kasih, akhirnya Akim Ahmad dan Stacy selamat mengikat tali pertunangan pada hari ini.

Perkara tersebut telah diumum menerusi Facebook HLive pada hari ini.

“Syukur Alhamdulillah. Majlis Pertunangan saya @akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanam telah selamat berlangsung tadi 26 September 2015.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang,” kata petikan muatnaik status tersebut.

Khabar berita gembira itu disambut baik oleh sahabat handai dan juga peminat Akim serta Stacy.

Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy binti Anam telah memeluk Islam sejak Ogos lalu.

Stacy sudah tiga tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Akim yang berasal dari Johor.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: