Tuesday, September 29, 2015

Ganggu Penduduk, Polis Arah Kanye West Hentikan Berparti




Kanye West
BARU sahaja mahu bergembira dengan rakan-rakan selepas berakhirnya persembahan konsert, parti yang dianjurkan Kanye West tiba-tiba dihentikan oleh pihak polis.

Menurut laporan TMZ, parti yang dianjurkan di Beverly Hills itu turut dihadiri para peminat terpilih dan beberapa selebriti popular.

"Tiba-tiba pihak polis datang dan mengarahkan parti itu dihentikan gara-gara terlalu bising sehingga mengganggu sekitar kawasan tersebut.

"Bagaimanapun, Kanye akur dengan perkara itu dan terus beredar dari parti berkenaan," kata sumber.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: