Saturday, September 26, 2015

Stesen TV Enggan Beri Kerjasama, Osman Ali Promosi Jwanita Di Laman Sosial




Osman Ali
PETALING JAYA: Pengarah filem Jwanita, Osman Ali berasa terkilan dengan beberapa stesen televisyen (TV) tempatan yang enggan memberi ruang mempromosikan karyanya itu.

Osman berkata,stesen Tv berkenaan tidak dapat mempromosikan filem tersebut bagi mengutamakan filem keluaran anak syarikat masing-masing.

"Saya terkilan apabila Jwanita tidak diberi ruang untuk dipromosikan  di TV hanya kerana mahu beri laluan kepada filem terbitan anak syarikat masing-masing.

"Malah pihak penerbit mahu membeli iklan, juga tidak dilayan. Ada juga yang beri ruang sedikit seperti temubual di beberapa rancangan hiburan, tetapi promosi seperti itu tidak berapa kuat," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Jumaat.

Jwanita lakonan Maya Karin, Marsha Londoh dan Bront Palarae kini sedang ditayang di pawagam bermula 24 September 2015. Filem itu juga bersaing dengan tiga filem tempatan lain iaitu Kapsul, Girlfriend Kontrak dan Polis Evo.
Salah satu babak lakonan Maya Karin dalam filem Jwanita.
Kata Osman, perkara itu membuatkan dia bersama team produksi terpaksa mempromosikan filem tersebut menerusi laman sosial iaitu di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

"Saya akan terus berusaha mempromosi  Jwanita secara dalam talian sedaya memandangkan karya ini tidak berpeluang untuk menayangkan trailer dan promosi filem ini di TV.
"Malah di radio juga kami tidak berpeluang untuk promosikan Jwanita. Maka jalan terbaik hanyalah di laman sosial.
"Mujurlah ramai selebriti mempromosikan Jwanita di laman sosial masing-masing meskipun mereka tidak terlibat dengan filem ini," ujarnya.

Sementara itu, Osman berkata sudah tiba masanya untuk pihak yang berwajib melihat perkara ini sebagai satu isu yang serius dan berpendapat filem-filem tempatan seharusnya diberi peluang untuk dipromosikan di semua saluran stesen TV.

"Semua tahu bahawa industri filem kita sedang nazak dan tidak salah jika kita sama-sama membantu menaikkan industri balik.

"Saya harap jika semua filem-filem kita dapat dipromosikan di semua saluran TV  dengan bantuan pihak berwajib," tuturnya.

Jwanita diterbitkan oleh Nuansa Sdn. Bhd dan Ehsan Production.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: