PELAKON Johnny Depp dilaporkan telah menjual kapal layar mewah miliknya demi memuaskan hati isterinya, Amber Heard.
Us Magazine melaporkan Johnny berbuat demikian selepas Amber berasa cemburu memandangkan kapal berkenaan dinamakan bersempena bekas kekasihnya, Vanessa Paradis.
"Johnny sangat sukakan kapal layar itu dan ia dibeli untuk Vanessa. Amber nampaknya cemburukan wanita berkenaan," kata sumber terdekat pasangan itu.
Terdahulu, Johnny, 52, bercinta dengan penyanyi dari Perancis itu selama 14 tahun sebelum mengumumkan perpisahan mereka pada 2012.
Johnny dan Vanessa mempunyai dua anak bersama iaitu Lily-Rose dan Jack.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: