PETALING JAYA: Penyanyi Aisyah Aziz memberitahu terdapat pihak yang memintanya untuk menukar warna rambut jika ingin terbabit dalam sebuah konsert jelajah.
Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz, 21, berkata, pihak itu memberitahu bahawa warna perang yang digayakannya tidak sesuai untuk persembahan nyanyian di segelintir kawasan pendalaman.
"Ya, ada penganjur yang minta saya hitamkan semula rambut untuk sertai konsert jelajah, mereka kata warna rambut saya sekarang ini tidak sesuai dengan kawasan tersebut.
"Saya baharu sahaja warnakan rambut ini tiga bulan lalu, tengoklah nanti sama ada mahu hitamkan atau akan menggunakan topi sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Selain itu, Aisyah menjelaskan, dia mewarnakan rambut perang bukan kerana mempunyai komitmen terhadap sesuatu produk atau drama, sebaliknya bagi memberi kelainan terhadap penampilan imej semata-mata.
Dalam perkembangan lain, Aisyah berkata, dia kini sedang menjinak-jinakkan diri dalam bidang pementasan teater di negara asalnya Singapura.

Aisyah tercalon empat kategori di APM 2015
Dia juga baharu sahaja selesai dengan teater Great World Cabaret dan Nanyang: The Musical yang memerlukan dia memberi komitmen lebih tiga bulan di negara tersebut.
"Alhamdulillah, walaupun saya melangkah sebagai penyanyi di Malaysia, namun kini masyarakat Singapura juga sudah menerima saya.
"Saya juga ada terlibat untuk teater di sana dan memerlukan saya tinggal di negara kelahiran saya buat seketika untuk latihan. Ketika itu juga saya hanya ambil tawaran persembahan di sana sahaja," ujarnya.
Tambah Aisyah, latihan persembahan teater sedikit sebanyak mampu membantu memberi keyakinan dirinya terhadap persembahan nyanyian di pentas.
Sementara itu, Aisyah yang dicalonkan dalam empat kategori di Anugerah Planet Muzik 2005 (APM 2015) menganggap ia sebagai rezeki pendatang baharu untuk bersaing dalam industri muzik serantau.
Dia juga tidak meletakkan sebarang harapan tinggi untuk memenangi kategori tersebut sebaliknya bersyukur tersenarai dalam pencaonan akhir berkenaan.
"Saya sangat bersyukur kerana tersenarai dalam TOP 5 bagi kategori Artis Terbaik Wanita, Artis Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura) dan Kolaborasi Terbaik (Lagu).
"Saya tidak harap untuk menang kerana saingan semua hebat-hebat dan mereka mempunyai pengalaman lebih lama dalam industri berbanding saya," ujarnya.
APM 2015 bakal berlangsung pada 9 Oktober depan di Suntec Singapura dan disiarkan secara langsung di saluran Suria (Singapura), Astro Ria (Malaysia & Brunei) dan Net (Indonesia).

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: