Monday, September 28, 2015

Bloom - Jenner bercinta?



Orlando Bloom
Orlando Bloom
PELAKON British, Orlando Bloom kini sedang hangat digosipkan bercinta dengan model dan bintang televisyen sensasi Hollywood, Kendall Jenner.

Menurut The Sun, sejak bertemu di majlis tayangan filem di Los Angeles, Bloom telah mengatur sejumlah pertemuan rahsia dengan adik tiri Kim Kardashian selepas itu.

Pertemuan itu termasuklah ketika mengunjungi restoran Bui Sushi di Malibu dan menghabiskan masa bersama di Paradise Cove. Pada masa sama, aktor berusia 38 tahun itu juga mengajak Kendall untuk sama-sama menghadiri pesta musim panas di rumah rakannya.

Meskipun aktor yang popular menerusi filem francais Pirates of The Carribean itu lebih berusia, namun itu bukanlah halangan besar buat Kendall.

Buktinya, pasangan ini sangat menikmati masa romantis mereka.

Bagaimanapun, tiada kata putus yang dapat mensahihkan hubungan mereka termasuklah daripada kedua-dua belah pihak.

Sebelum ini, Bloom pernah berkahwin dengan model terkenal, Miranda Kerr dan mempunyai seorang anak, Flynn Christopher Bloom yang kini berusia empat tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: