Monday, September 28, 2015

MotoGP Aragon: Lorenzo Teruja Tewaskan Rossi




Lorenzo (tengah) bersama Rossi (ketiga) serta Pedrosa (kiri) selaku naib juara MotoGP Aragon.
JORGE Lorenzo menjulang trofi juara MotoGP Aragon setelah menguasai litar sejak awal perlumbaan sekaligus menyaksikan kedudukannya semakin hampir dengan juara dunia, Valentino Rossi.

Rossi yang menamatkan saingan di tempat ketiga pada aksi di Motorland Aragon itu mendahului kedudukan keseluruhan pelumba (263 mata) dengan kelebihan 14 mata ke atas Lorenzo.

Dalam pada itu, Lorenzo memulakan perlumbaan di petak kedua berjaya memotong Marc Marquez di petak pertama dan seterusnya terus memecut sebelum menamatkan aksi dengan catatan 2.683 saat di depan Dani Pedrosa.

Marquez  mengalami kemalangan di Turn 12, namun tidak mengalami sebarang kecederaan dan terpaksa menerima hakikat terkeluar daripada saingan buat kali kelima musim ini.

"Amat penting bagi saya untuk memulakan perlumbaan dalam keadaan yang baik, malah Marc kelihatan sangat pantas dalam aksi dua lap pertama.

"Selepas saya  berada di depan, Marc sedaya upaya cuba mengekori saya sebelum dia jauh ketinggalan.

"Sudah tentu cabaran akan menjadi lebih sengit sekiranya dia dapat meneruskan perlumbaan ini," jelas pelumba Yamaha itu.

Malah Lorenzo turut berpuas hati dengan kejayaan di laman sendirinya itu, lebih-lebih lagi selepas menerima cabaran daripada rakan sepasukannya, Rossi.

"Saya sedar saya perlu bersaing dengan rentak Rossi dan sedia maklum bahawa dia lebih pakar ketika berdepan dengan saingan kejar-mengejar ini.

"Namun saya gembira kerana berjaya mengekalkan rentak kelajuan malah amat teruja kerana dapat menewaskannya," tambah Lorenzo.

Keputusan penuh perlumbaan MotoGP Aragon:

1. Jorge Lorenzo (Sepanyol) Yamaha 41 minutes 44.933 s

2. Dani Pedrosa (Sepanyol) Honda 41:47.616

3. Valentino Rossi (Itali) Yamaha 41:47.706

4. Andrea Iannone (Itali) Ducati 41:52.791

5. Andrea Dovizioso (Itali) Ducati 42:09.255

6. Aleix Espargaro (Sepanyol) Suzuki 42:09.762

7. Cal Crutchlow (Britain) Honda 42:10.300

8. Bradley Smith (Britain) Yamaha 42:10.436

9. Pol Espargaro (Sepanyol) Yamaha 42:11.385

10. Yonny Hernandez (Colombia) Ducati 42:28.822

11. Maverick Vinales (Sepanyol) Suzuki 42:29.188

12. Scott Redding (Britain) Honda 42:33.109

13. Alvaro Bautista (Sepanyol) Aprilia 42:34.688

14. Eugene Laverty (Ireland) Honda 42:35.204

15. Nicky Hayden (U.S.) Honda 42:35.297

Kedudukan keseluruhan pelumba selepas pusingan ke-14:

1. Valentino Rossi (Itali) Yamaha 263

2. Jorge Lorenzo (Sepanyol) Yamaha 249
3. Marc Marquez (Sepanyol) Honda 184

4. Andrea Iannone (Itali) Ducati 172

5. Bradley Smith (Britain) Yamaha 143

6. Andrea Dovizioso (Itali) Ducati 139

7. Dani Pedrosa (Sepanyol) Honda 129

8. Danilo Petrucci (Itali) Ducati 93

9. Cal Crutchlow (Britain) Honda 88

10. Pol Espargaro (Sepanyol) Yamaha 88

11. Aleix Espargaro (Sepanyol) Suzuki 76

12. Maverick Vinales (Sepanyol) Suzuki 74

13. Scott Redding (Britain) Honda 67

14. Yonny Hernandez (Colombia) Ducati 47

15. Loris Baz (Perancis) Forward 28

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: