WAYNE Rooney mengakui tidak mengenali Anthony Martial sebelum Manchester United membeli pemain muda itu dengan nilai sebanyak £36 juta.
Bagaimanapun ketua pasukan United itu menyambut baik kehadiran rakan sepasukannya yang berjaya membantu kelab berkenaan kembali menerajui takhta Liga Perdana Inggeris sejak ditinggalkan Alex Ferguson.
Martial yang dibeli pada akhir Ogos lalu berjaya menjaringkan empat gol setakat ini selain membantu menajamkan barisan serangan kelab berkenaan.
Dia licik, bijak bergerak, membawa bola keluar dari pertahanan lawan dan membantu Rooney menjaringkan gol pertama pada musim ini ketika bertemu Sunderland Sabtu lalu.
Dengan jaringan itu, penyerang England berkenaan berjaya mengakhiri kemarau gol selama 1,000 minit sejak liga bermula.
Dalam perlawanan itu, Memphis Depay juga berjaya menggegarkan jaring selain Juan Mata.
"Dia luar biasa, kita perlu ingat bahawa dia seorang pemain berusia 19 tahun yang tidak tahu bahasa Inggeris. Tetapi kini dia telah menunjukkan permulaan yang luar biasa.
"Martial merupakan seorang pemain berbakat besar yang akan membawa kami sepanjang musim dan ke depan," jelas Rooney memuji pemain Perancis berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: