Tuesday, September 29, 2015

Sunye Sangkal Bersara Jadi Penyanyi Selepas Tinggalkan Wonder Girls




Sunye akan terus aktif dalam bidang seni selain bercadang untuk tampil dengan karier solo.
PENYANYI Sunye menyangkal dakwaan kononnya dia berhasrat untuk bersara daripada bidang seni selepas mengambil keputusan meninggalkan kumpulan Wonder Girls.

Allkpop melaporkan Sunye akan terus kekal aktif dan akan tampil solo apabila tiba masa sesuai.

"Berita saya bersara sama sekali tidak benar. Saya masih aktif dan sedang menanti peluang untuk tampil dengan karier solo," katanya.

Sunye berkahwin dengan James Park pada Januari 2013.
Pada Julai lalu, Sunye mengambil keputusan mengundurkan diri daripada Wonder Girls untuk memberi fokus kepada keluarga selepas berkahwin dengan James Park pada Januari 2013.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia dua tahun.

Dalam pada itu, Sunye tidak menolak bakal bergabung kembali bersama Wonder Girls pada masa hadapan.

"Saya rindu untuk mengadakan persembahan bersama mereka dan jika ada peluang sudah tentu saya terima," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: