Tuesday, September 22, 2015

Ringan beban golongan miskin



Ringan beban golongan miskin
Sebahagian penerima sumbangan menerusi Program Cakna Wakil Rakyat.
MARANG – Menyedari beban yang ditanggung golongan miskin akibat kejatuhan harga minyak dunia serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) Majlis Tindakan Dun Bukit Payong mengambil inisiatif memberi bantuan.

Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata, program kebajikan Cakna Wakil Rakyat yang turut mendapat kerjasama tabung sebuah syarikat swasta itu membabitkan 80 penduduk miskin di kawasannya.

“Dengan sumbangan insan yang baik hati ini, kita harap dapatlah mengurangkan sedikit bebanan penerima yang terdiri daripada golongan miskin khususnya sebagai persediaan untuk menyambut Aidil Adha ini,” katanya.

Hadir sama,  pengarah tabung syarikat swasta terbabit, Habib Abdul Halim.

Dalam pada itu, seorang warga emas, Lijah Ali, 76, berterima kasih atas sumbangan yang diberikan kerana dengan bantuan itu dapatlah dia membuat persediaan untuk menyambut hari raya korban.

Sempena program itu, mereka yang hadir turut diberi peluang untuk mencuba perubatan alternatif dikendalikan sekumpulan pembantu dari Pusat Perubatan Darul Salam yang dibawakan khas dari Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: