Saturday, November 1, 2014

Penyanyi Senior Terbuka Sertai Muzik-Muzik Tahun Ini


Antara artis dan komposer yang terlibat pada peringkat saringan Muzik-Muzik 29.
PETALING JAYA: Penyanyi-penyanyi senior dilihat kini lebih terbuka menyertai pertandingan Muzik Muzik 29 (MM29) pada tahun ini.

Pengurus Hiburan Primeworks Studios Sdn Bhd, Muhamad Sufian Che Isa berkata, berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, golongan senior seolah-olah meletakkan satu trend untuk tidak terlibat dengan pertandingan itu bagi menjaga reputasi diri.

"Berdasarkan peserta-peserta yang bertanding kali ini, kita dapat lihat penyanyi-penyanyi senior turut melibatkan diri dalam MM29.

"Ini menunjukkan mereka mula terbuka untuk bersaing secara sihat dengan generasi muda," katanya kepada mStar Online.

Sufian ditemui pada majlis pengumuman 30 buah lagu yang bakal bertanding dalam Separuh Akhir MM29 di Sri Pentas di sini pada Jumaat.

Tambah Sufian, trend penyanyi senior enggan menyertai MM diharap tidak akan berlaku lagi sekali gus ia dapat memeriahkan industri muzik tempata  menerusi pertandingan tersebut.

Peringkat saringan separuh akhir MM29  bakal berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam akan menampilkan sebanyak 30 buah lagu sebelum membolehkan peserta layak berentap ke Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) yang dijadualkan pada Januari tahun depan.

Ia akan dipertandingkan dalam tiga bahagian di mana bahagian pertama akan berlangsung pada 14 November diikuti 21 November dan 28 November pada pukul 9 malam.

Saringan bahagian pertama menampilkan seramai 10 penyanyi iaitu Alif Satar (Akhiri Penantianku), Stacy (Gilalah), Tomok dan Yana Samsudin (Cinta Tak Pergi), Hazama (Malaikat) dan MOJO (Romancinta).
mStar Default Image
Akim (tengah) bersama Zimi (kiri) dan rakan mereka yang terlibat peringkat saringan MM 29.


Turut menyertainya Najwa Latif (Hilang), Black dan RJ (Si Putih Si Merah), Bunkface dan Amy Search (Rentak Laguku) dan Akim Ahmad ( Dunia dan Syurga).

Bahagian kedua pula mempertaruhkan Dayang Nurfaizah (Di Pintu Syurga), Encik Mimpi (Rindukanlah dan Ayuh Tinggalkan Dia), Amir Jahari (Aku Juga Manusia), Shahir (Dia Yang Kau Pilih), Hafiz (Matahari)  serta Datuk Hattan dan Waris (Gadis Jolobu).

Selain itu Fynn Jamal (Arjuna Beta), Kristal dan Ronnie Hyper Act (Pasti Sempurna), IamNeeta dan Najwa Latif (Kau Pergi Jua) serta Zizan dan Kaka (Infiniti Cinta) juga terlibat.

Manakala pada bahagian tiga pula menampilkan Hafiz Hamidun (Jodoh Berdua), Akim & The Majistret (Mewangi), Indah Ruhaila (Percayalah), Alyah (Sesal Separuh Nyawa) serta Joe Flizzow dan Sona One (Apa Khabar).

Sama bertanding ialah Mawi dan Datuk AC Mizal (Al Haq Yang Satu), Yuna (Lelaki), Forteen (Tak Pernah Berjumpa) serta Awie dan Erra Fazira (Cinta Makrifat).

Berikut ini senarai 30 lagu yang akan ke peringkat separuh akhir MM29:

BAHAGIAN 1 (14 November 2014)

1. Akhiri Penantianku
Artis: Alif Satar
Komposer: Zimi
Penulis lirik: Zimi

2. Gilalah
Artis: Stacy
Komposer: Omar K & Mike Chan
Penulis lirik: Stacy

3. Cinta Tak Pergi
Artis: Tomok & Yana Samsudin
Komposer: Tomok
Penulis lirik: Tomok

Alif Satar bersama Akhiri Penantianku.


4. Malaikat
Artis: Hazama
Kompose: Omar K
Penulis lirik: Omar K & Hazama

5. Romancinta
Artis: MOJO
Komposer: Edry Abdul Halim
Penulis lirik: Edry Abdul Halim

6. Hilang
Artis: Najwa Latif
Komposer: Najwa Latif
Penulis lirik: Najwa Latif

7. Si Putih Si Merah
Artis: Black & RJ
Komposer: Ajai
Penulis lirik: Ajai

8. Rentak Laguku
Artis:  Bunkface & Amy (Search)
Komposer: Sam Bunkface
Penulis lirik: Sam Bunkface

9. Dunia & Syurga 
Artis: Akim Ahmad
Komposer: Omar K & Audi Mok
Penulis lirik: Omar K

10. Masih Aku Cinta
Artis, Komposer & Penulis Lirik: Shila Amzah

BAHAGIAN 2 (21 November 2014)
1. Di Pintu Syurga
Artis: Dayang Nurfaizah
Komposer: Tam Spider
Penulis lirik:  Iman Imran

2. Rindukanlah
Artis: Encik Mimpi
Komposer: Rumhadi
Penulis lirik: Rumhadi

3. Ayuh Tinggalkan Dia
Artis: Encik Mimpi
Komposer: Encik Mimpi
Penulis lirik: Encik Mimpi

4. Aku Juga Manusia
Artis: Amir Jahari
Komposer: Amir Jahari
Penulis lirik: Amir Jahari

5. Dia Yang Kau Pilih
Artis: Shahir
Komposer: Shamril Salleh
Penulis lirik: Shamril Salleh

Dayang Nurfaizah bakal mempersembahkan lagu Di Pintu Syurga.

6. Matahari
Artis: Hafiz
Komposer: Ajai
Penulis lirik: Ajai

7. Gadis Jolobu
Artis: Datuk Hattan & Waris
Komposer: DJ Fuzz
Penulis lirik:  Datuk Hattan & Waris

8. Arjuna Beta
Artis: Fynn Jamal
Komposer: AgCoco & Fynn Jamal
Penulis lirik: Fynn Jamal

9. Pasti Sempurna
Artis: Kristal dan Ronnie Hyper Act
Komposer: Akir Hyper Act
Penulis Lirik: Frozen

10. Kau Pergi Jua
Artis: IamNeeta & Najwa Latif
Komposer: Patrick Anohada
Penulis Lirik: Patrick Anohada

11. Infiniti Cinta
Artis: Zizan & Kaka
Komposer: Audi Mok & Omar K
Penulis Lirik: Khalif

BAHAGIAN 3 (28 November 2014)
1. Jodoh Berdua
Artis: Hafiz Hamidun
Komposer: Azlan Abu Hassan
Penulis Lirik: Hafiz Hamidun

2. Mewangi
Artis: Akim & The Majistret
Komposer: Aiman
Penulis Lirik: Aiman

3. Percayalah
Artis: Indah Ruhaila
Komposer: Aiman
Penulis Lirik: Mohd Atlas

4. Sesal Separuh Nyawa
Artis: Alyah
Komposer: Alfi & Aidil
Penulis Lirik: Shah Shamsiri & Alyah

5. Apa Khabar
Artis: Jie Flizzow & Sona One
Komposer: Sona One
Penulis Lirik: Joe Flizzow

Sesal Separuh Nyawa bakal uji keupayaan Alyah.

6. Al Haq Yang Satu
Artis: Mawi & Datuk AC Mizal
Komposer: Jeff (A to Z) & Sheikh Qalam
Penulis Lirik: Jeff (A to Z), Sheikh Qalam & Mawi

7. Lelaki
Artis: Yuna
Komposer: Yuna
Penulis Lirik: Yuna

8. Tak Pernah Berjumpa
Artis: Forteen
Komposer: Edry Abd Halim
Penulis Lirik: Edry Abd Halim

9. Cinta Makrifat
Artis: Awie & Erra Fazira
Komposer: Eirma Fatima
Penulis Lirik: Eirma Fatima

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: