KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak ganas apabila meludah serta mematahkan pengelap cermin hadapan sebuah kereta akibat berang selepas seorang pemandu wanita membunyikan hon kepadanya beberapa kali di Lebuh raya Damansara-Puchong kelmarin.
Tindakan lelaki tersebut yang berperangai seperti gengster mengundang padah apabila dia ditahan polis kira-kira pukul 11.30 malam kelmarin di kediamannya di Subang Jaya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, hasil laporan polis yang dibuat mangsa, lelaki berusia 58 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.
“Kita telah tahan suspek malam semalam (kelmarin) di kediamannya dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk siasatan lanjut sebelum suspek ditahan reman hingga Khamis ini (esok).
“Hasil siasatan juga kita mendapati insiden tersebut tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada mangsa dan suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: