- Mohd Sardi menunjukkan ubi keledek berbentuk itik yang ditemuinya.
PARIT BUNTAR - Walaupun ditawarkan sejumlah wang, seorang peniaga buah-buahan enggan menjual sebiji ubi keledek miliknya yang berbentuk seperti seekor itik kerana mahu menyimpannya.
Mohd Sardi Muhammad, 38, berkata, dia memiliki ubi keledek unik itu secara tidak disengajakan ketika membelinya daripada seorang pemborong di Taiping untuk dijual di pasar hari di Kuala Kurau.
Menurutnya, sewaktu proses pengasingan gred dilakukan, dia terkejut menjumpai sebiji ubi berbentuk seekor itik yang mempunyai cukup sifat seperti kepala, badan dan ekor.
“Pada mulanya, saya ingin menyimpannya di rumah, namun isteri mencadangkan ubi itu dibawa ke kedai untuk dijadikan tarikan pelanggan ke gerai kami.
“Cadangan isteri nyata bernas apabila ubi keledek unik ini menjadi tumpuan orang ramai untuk menatapnya dan mengambil gambar.
“Lebih mengejutkan, terdapat seorang pelanggan yang tidak dikenali menawarkan harga RM100 untuk membeli ubi unik ini, namun saya menolaknya kerana berasa sayang,” katanya ketika ditemui di sini.
Mohd Sardi berkata, dia yakin bentuk ubi itu mempunyai nilai tersendiri dan bercadang menyimpannya.
“Saya tidak menyesal kerana menolak tawaran itu kerana bagi saya ia adalah satu seni semulajadi yang hebat dan jarang ditemui.
“Bulan lalu saya ada terbaca dalam media sosial, seorang peniaga menjumpai ubi jenis sama yang mempunyai bentuk seperti tikus dan turut menyimpannya sehingga hari ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: