Ahli VKB dan Pinkel berhimpun bagi menjayakan kutipan derma kilat untuk disumbangkan kepada Pondok Tahfiz Padang Bongor, Tanah Merah.
TANAH MERAH - Kelab motosikal berkuasa tinggi, Veteran Kelantan Bikers (VKB) melancarkan kutipan derma kilat untuk disumbangkan kepada sebuah maahad tahfiz di Padang Bongor, dekat sini, kelmarin.
Kutipan amal bagi membantu Pondok Tahfiz Padang Bongor, Tanah Merah itu, dilancarkan dengan kerjasama Persatuan Pemegang Polisi Insurans dan Takaful Negeri Kelantan (Pinkel).
Presiden Pinkel, Datuk Azhar Mohd Hussain berkata, RM342 berjaya dikumpulkan daripada penderma dalam kalangan ahli VKB dan Pinkel pada hari pertama kutipan tersebut.
“Hasil kutipan ini akan diserahkan kepada Pondok Tahfiz Padang Bongor, Sabtu ini dan mereka yang ingin turut sama menderma boleh hulurkan sumbangan melalui VKB,” katanya.
Keperluan pondok tahfiz itu dari segi kemudahan asas untuk keselesaan guru dan pelajar sebelum ini mendapat perhatian Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf (KMK), Muhammad Nasir Hamzah.
Sempena kunjungan itu, Muhammad Nasir menyampaikan bantuan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) KMK menolong pihak yang terlibat dalam pengembangan syiar Islam.
Selain menyampaikan bantuan, beliau turut menyeru pelbagai pihak untuk turut sama menyumbang bagi memenuhi keperluan pondok tahfiz tersebut terutama kemudahan asas.
Ditanya pemilihan pondok tahfiz itu, Azhar memberitahu, pihaknya terpanggil membantu selepas masalah kekurangan dihadapi pelajarnya disiarkan akhbar ini, baru-baru ini.
“Bukan sahaja membantu pelajar, bahkan kami berharap, usaha VKB dan Pinkel melalui kutipan amal ini menggalakkan pihak lain untuk turut sama menghulurkan sumbangan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mempelawa ahli VKB yang tinggal di Tanah Merah untuk bersama pada acara penyampaian sumbangan kepada pondok tahfiz berkenaan, Sabtu ini.
“Menerusi program amal ini, kita harap dapat buktikan kelab motosikal tinggi bukan berkaitan konvoi semata-mata atau untuk kepentingan ahli sahaja tetapi kita juga buat kerja amal bagi bantu golongan yang memerlukan,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: