Thursday, November 6, 2014

Keldai tersangkut di lubang pembetungan



SEPASUKAN anggota bomba berusaha mengeluarkan seekor keldai yang tersangkut di dalam sebuah lubang pembetungan di Pratteln, Switzerland baru-baru ini.


PRATTELN, Switzerland – Sekumpulan anggota bomba terpaksa dipanggil bagi menyelamatkan seekor keldai yang tersangkut di dalam sebuah lubang pembetungan di sebuah taman perumahan di bandar ini.
Keldai itu yang dipercayai terlepas dari sebuah ladang berdekatan ditemui terperangkap di dalam lubang itu oleh seorang penduduk, Urs Meyer yang sedang bersiar-siar bersama anjingnya.
“Pada mulanya saya sangka ia adalah sebuah patung namun saya melihat telinga dan kepala haiwan itu bergerak-gerak,” kata Meyer kepada akhbar Austrian Times.
Katanya lagi, dia telah menghubungi bomba bagi meminta bantuan selepas beberapa penduduk gagal mengeluarkan keldai itu.
Seorang jurucakap bomba, Markus Osterhagen berkata, sepasukan anggota bomba yang dikejarkan ke lokasi kejadian mengambil masa lebih satu jam untuk mengeluarkan haiwan berkenaan.
“Keldai itu bernasib baik kerana tidak jatuh lebih dalam ke dalam lubang itu,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: