Saturday, November 1, 2014

Edar makanan percuma kepada penyokong


  • Penyokong yang berjaya membeli tiket sempat mengambil bihun percuma yang disediakan Sufi BrandPenyokong yang berjaya membeli tiket sempat mengambil bihun percuma yang disediakan Sufi Brand

KUANTAN – Sebanyak 1,000 bungkus bihun goreng diedarkan secara percuma kepada penyokong tok gajah yang berpusu-pusu membeli tiket perlawanan akhir piala Malaysia 2014 di perkarangan Stadium Darul Makmur, di sini, kelmarin.
Pengurus edaran Sufi Brand Pantai Timur, Syed Ahmad Zulkifli Syed Kassim berkata, program berkenaan adalah sebahagian daripada kerja amal yang dijalankan oleh syarikat mereka.

“Kami menempatkan sukarelawan bagi setiap penjuru lokasi penjualan tiket untuk mengedarkan makanan secara percuma kepada penyokong tok gajah.

“Inisiatif ini diambil memandangkan terlalu ramai penyokong yang hadir seawal jam 9.00 malam dan berkampung di situ sedangkan jualan tiket dibuka keesokan harinya.

“Ia juga adalah sebagai sokongan kami kepada pasukan Pahang dan diharapkan mereka dapat beraksi dengan baik.

“Program amal sebegini bukan kali pertama dilakukan kerana sebelum ini kita pernah mengedarkan makanan percuma di masjid-masjid terpilih,” katanya kepada Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: