- Aminah bersama Sharuddin dan suaminya (dua, kiri) ketika kunjungan Alumni SMK Jeram.
JERAM – Hilang punca pendapatan selepas menanggung derita kanser mulut membuatkan Sharuddin Mohd Ali, 31, terpaksa menggunakan duit simpanan perkahwinannya untuk menanggung sara hidup dan kos rawatannya.
Lebih menyedihkan, Sharuddin yang juga bekas pekerja kilang itu kini resah memikirkan kebajikan ibu bapanya yang tinggal bersamanya memandangkan dia satu-satunya anak yang menyara kehidupan mereka.
Ibunya, Aminah Sukir, 63, berkata, siapa sangka anak yang menjadi tulang belakang keluarga kini terlantar sakit dan menanggung derita selepas disahkan menghidapi kanser mulut beberapa bulan lalu.
“Makcik sedih tengok Sharuddin tanggung sakit macam ini, suami (Mohd Ali Hitam, 74) pun dah uzur. Tak larat nak buat kerja berat-berat sebab sebelum ini kerja ambil upah kait kelapa.
“Makcik pun tak boleh nak buat kerja berat sebab ada penyakit lelah dan selalu kena periksa…bila jadi begini, kami terpaksa guna duit simpanan anak untuk tanggung kos rawatannya dan kimoterapi,” katanya.
Menurutnya, anaknya kini sudah disahkan kanser tahap ketiga dan terpaksa berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan bagi mengelakkan keadaannya bertambah serius.
“Syukurlah ada kawan anak yang boleh bantu untuk hantar dia ke hospital dan alhamdulillah bayaran bil hospital tak membebankan.
“Tapi bila Sharuddin tak boleh bekerja menyebabkan kami buntu, nak minta bantuan orang atau jabatan kerajaan, kami malu tapi terima kasih banyak-banyak kepada kawan Sharuddin yang datang bantu,” katanya ketika ditemui dikunjungi rakan media sosial anaknya iaitu Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram untuk bertanya khabar dan sumbangan.
Wakil kumpulan, Mohd Yusry Denan, 31, menyifatkan, Sharuddin seorang yang pendiam dan kuat bekerja demi menyara keluarganya.
“Bila kami dapat tahu dia sakit, kami pakat untuk melawat dia untuk beri dorongan untuk dia tabah hadapi dugaan Ilahi.
“Saya yakin dia akan cepat sembuh sebab saya nampak dia beransur pulih berbanding beberapa bulan ini yang nampak kusam dan tidak bermaya,” katanya kepada Sinar Harian.
Orang ramai yang berhasrat untuk membantu keluarga ini, boleh menghubungi di talian 017-3180134 atau memberikan sumbangan menerusi akaun RHB Bank 11205901008500.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: