
SEBAHAGIAN daripada kanak-kanak yang menyertai Program Community Care 2014 anjuran Ayam Brand di Kuala Lumpur baru-baru ini.
JENAMA makanan dalam tin terkenal, Ayam Brand melalui rangkaian produk tanpa bahan pengawet dan perasa tambahan terus konsisten untuk menggalakkan diet seimbang kepada kanak-kanak.
Jenama itu membuktikan bahawa makanan dalam tin juga sesuai dijadikan menu diet sihat, terutamanya kepada kanak-kanak melalui jalinan kerjasama dengan badan profesional, sekolah, rumah kebajikan dan pusat edutainment.
Ia menggalakkan ibu bapa dan penjaga untuk membuat pilihan makanan yang lebih baik untuk anak-anak mereka.
Inisiatif tersebut merupakan sebagai sokongan kepada usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk
membendung masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
Antara usaha yang dijalankan adalah memberi pendedahan mengenai pemilihan makanan sihat serta mengajar mereka cara penyediaan menu ringkas berkhasiat.
Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Marie Magali Falcoz berkata, usaha mempromosikan pemakanan sihat pada usia muda akan diteruskan dengan
meningkatkan kesedaran dan mengubah persepsi masyarakat mengenai nutrisi.
“Perubahan gaya hidup menyebabkan sebahagian daripada kita tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan sihat yang dimasak sendiri di rumah kerana kesuntukan masa.
“Sehubungan itu, Ayam Brand cuba mendidik kanak-kanak mengenal jenis nutrisi yang baik dan memberikan mereka tunjuk ajar dalam penyediaan makanan ringkas,” ujar pada Program Community Care 2014 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Magali Falcoz berkata, pihaknya turut menawarkan pilihan makanan yang cepat, mudah, sedap dan menyihatkan melalui rangkaian produk Ayam Brand kepada ibu bapa serta penjaga.
Selain itu, Ayam Brand turut menyediakan koleksi resipi juadah antarabangsa dan tempatan yang boleh dimuat turun secara dalam talian.
Sejak tujuh tahun lalu, Ayam Brand telah menekankan manfaat produk ikan dalam tin seperti tuna dan kembung kepada ratusan rumah kebajikan dan ribuan golongan yang kurang bernasib baik.
Kedua-dua jenis ikan tersebut kaya dengan Omega-3 iaitu asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.
Antara kebaikan Omega-3 ialah mencegah serangan jantung,
menggalakkan aktiviti saraf, meningkatkan penyerapan vitamin, mengekalkan sistem imun yang sihat dan membantu dalam pertumbuhan sel.
Omega-3 juga penting dalam perkembangan daya penglihatan dan otak untuk kanak-kanak.
Bagi memastikan mesej mengenai kebaikan Omega-3 kepada kanak-kanak sampai kepada ibu bapa dan penjaga, Ayam Brand menganjurkan Nutrifun School Roadshow dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia bawah program Nutrition Month Malaysia.
Salah satu aktiviti yang diadakan oleh Ayam Brand dalam siri jelajah tersebut adalah permainan Tic Tac Tuna.
Aktiviti tersebut memberi informasi berguna kepada para pelajar mengenai kebaikan tuna sebagai sumber asli protein dan Omega-3.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk terbaharu Ayam Brand, orang ramai boleh melayari laman web www.ayambrand.com.my/junior-chef.html.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: