Sistem perparitan juga dikatakan punca berlakunya banjir di Taman Permai Baru, Jalan Langgar.
ALOR SETAR - Sebanyak 35 keluarga di Taman Permai Baru di Jalan Langgar, dekat sini merayu pihak berkuasa tempatan supaya (PBT) dapat mengatasi masalah banjir yang berlaku setiap kali hujan.
Penduduk mendakwa, pelbagai usaha telah dibuat bagi mengatasi masalah itu, tetapi tidak berjaya.
Rosita Suhaimi, 48, berkata, sejak beberapa taman bersebelahan kediaman itu dibina, penduduk mula berhadapan masalah banjir.
Katanya, jika hujan lebat dalam masa 15 minit sahaja, air parit akan melimpah dan akan terus masuk ke dalam rumah mereka.
Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, rata-rata penduduk menaik taraf rumah mereka dengan membina benteng di luar rumah supaya air dari parit tidak masuk ke rumah.
Rosni Yahya, 53, pula berkata, masalah itu pernah diadukan kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan pihak berkenaan telah menyerahkan pam air untuk digunakan sekiranya berlaku banjir di kawasan itu.
Bagaimanapun, pam itu tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Masalah bertambah serius jika air parit yang sudah lama bertakung melimpah naik hingga menyebabkan bau busuk.
“Perkara ini sudah berlarutan hampir lima tahun dan kami merayu pihak berkenaan pantau punca masalah banjir itu," katanya.
Sementara itu, Adun Derga, Tan Kok Yew ketika dihubungi berkata, selepas pembinaan parit di kawasan itu, pihaknya sudah tidak menerima sebarang aduan penduduk.
Bagaimanapun, beliau akan turun meninjau dan membawa masalah itu kepada PBT bagi tindakan lanjut.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: