Tuesday, June 10, 2014

Karl Shafek Hasilkan Jenama Pakaian Neonate


Karl Shafek menggayakan pakaian jenama terbaharu miliknya, Neonate.
PETALING JAYA: Pelakon Karl Shafek berasa sudah tiba masanya dia memperluaskan kerjayanya dalam bidang perniagaan dengan tampil memperkenalkan jenama pakaian sendiri iaitu Neonate Clothing.

Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 34, berkata, idea itu muncul selepas dia melihat kecenderungan masyarakat kini terutamanya golongan muda yang mula menerokai fesyen harian.

"Idea Neonate tercetus apabila saya melihat betapa budaya fesyen high-street itu sentiasa misteri dan berubah-ubah mengikut selera, kecenderungan serta perilaku generasi semasa yang sukar ditafsir.

"Ia membuatkan saya juga boleh meneroka 'misteri' fesyen untuk diaplikasikan pada rekaan baju Neonate," katanya kepada mStar Online.

Tambah Karl, koleksi pertama Neonate telah pun diperkenalkan serentak melalui laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter, serta saluran YouTube pada 26 Mei lalu.

Dalam pada itu, Karl berkata, dia serta kumpulan pereka Neonate akan menghasilkan beberapa koleksi pakaian serta aksesori baharu setiap bulan bermula Jun ini.

"Untuk koleksi pertama yang kami gelarkanCervidae Red & White 1.0, kami menggunakan material kain kapas sepenuhnya dan sangat selesa dipakai.

"Kami juga sudah bersedia untuk mengetengahkan koleksi lengan panjang serta fesyen kanak-kanak selain pelbagai aksesori untuk lelaki serta wanita,” ujarnya.

Bagi yang mahu mengetahui perkembangan Neonate layari laman Instagram @neonate_clothing. Buat masa ini, urusan pembelian akan di jalankan melalui e-mel dan penghantaran melalui pos laju pada setiap minggu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: