PETALING JAYA:Penyanyi baharu kelahiran Filipina, Mark Adam, mengakui kesibukannya memenuhi undangan persembahan membuatkan dia yang sebelum ini guru vokal di sebuah akademi muzik 'kehilangan' pelajar.
Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam, 34, berkata, dia terpaksa akur dengan situasi itu bagaimanapun bersyukur kerana pelajarnya memahami bahawa dia kini lebih fokus terhadap kerjaya nyanyiannya.
"Sejak lagu single Pencuri mula popular, diakui jadual saya padat dengan undangan nyanyian hinggakan saya tidak ada masa nak mengajar vokal.
"Malah saya juga kehilangan pelajar kerana sibuk menyanyi. Tetapi nak buat macam mana bukan, dalam hidup kita perlu pilih antara satu, yang mana harus kita beri fokus," katanya kepada mStar Online.
Mark juga merupakan guru vokal kepada penyanyi Mizz Nina, Salma dan Asmidar.
Sementara itu, beritahu Mark, walaupun lagu Pencuri dan Katak mendapat respons baik daripada peminat muzik tempatan, namun dia masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya itu.
"Baru dua tahun saya dalam industri muzik tempatan, rasanya saya masih hijau dalam bidang ini.
"Tetapi saya menyimpan cita-cita mahu dikenali sebaris nama besar dalam bidang ini seperti Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah. Mungkin ketika itu saya akan berpuas hati," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Mark kini dalam proses menyiapkan album yang akan memuatkan 13 lagu, selain merancang menghasilkan dua lagu khas untuk dipasarkan di negara kelahirannya tidak lama lagi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: