PETALING JAYA: Kumpulan VelvetBand yakin, taruhan single lagu kedua mereka iaituJangan Pernah akan mendapat tempat di hati penggemar muzik tempatan.
Vokalisnya, Iqa berkata, Jangan Pernah merupakan hasil karya mereka, manakala liriknya pula merupakan hasil ciptaannya.
“Jangan Pernah berkisarkan tentang sebuah perhubungan cinta yang telah berakhir, kesetiaan dan kesedihan seorang wanita kerana terlalu mencintai kekasihnya, tidak rela berpisah dengan mengharapkan cintanya kembali.
“Kekuatan lagu ini adalah pada melodi serta dibantu dengan lirik lagu yang mudah difahami, selain susunan vokal yang lebih mencabar.
"Gabungan daripada kesemua elemen itu, secara keseluruhannya kami mempunyai keyakinan bahawa lagu Jangan Pernah mampu menarik minat pendengar muzik tanah air,” katanya kepada mStar Online.
Selain Iqa atau nama sebenarnya Nursyafiqah Nasratullah Mohd Noor, 26, kumpulan berkonsepkan pop rock itu turut dianggotai oleh, Shana (Shazwana Ahmad razman), 24 dan Lan (Ahmad Azlan), 32.
Tambah Iqa, lagu tersebut sudah mempunyai klip video dan ia boleh dilayari menerusi laman Youtube.
“Kami berharap dengan adanya klip video Jangan Pernah mampu menarik minat ramai untuk lebih mendekati karya kami dan memberi pendedahan tentang imej yang kami bawa," ujarnya.
Klip video Jangan Pernah diarahkan oleh Joe Naflish dan videografi oleh Zul Pikie di bawah Maidi.co Production.
Sebelum ini VelvetBand pernah popular menerusi single pertama mereka iaitu Luka.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: