PETALING JAYA: Pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan menyifatkan tuduhan dia melibatkan diri dalam bidang lakonan bagi menambahkan pendapatannya agar dapat membayar nafkah tertunggak kepada bekas isteri, Rita Rudaini adalah mengarut.
Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, berkata, dia terkejut apabila ada pihak tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi sedangkan penglibatannya dalam lakonan baru-baru ini sekadar ingin mencuba bidang baru.
"Tuduhan saya mahu tambah pendapatan kerana perlu membayar nafkah sangat mengarut. Saya terkejut apabila ada pihak yang sengaja mahu memanaskan isu.
"Sedangkan apa yang saya lakukan sekarang ini (berlakon) sekadar suka-suka. Tak ada kena mengena dengan nafkah. Gaji saya sebagai pemain bola sepak sahaja dah cukup untuk beri nafkah anak," katanya kepada mStar Online.
Pada Rabu lalu, Aidil telah memuat naik foto dia seperti sedang berlakon di sebuah lokasi penggambaran dengan meletakkan kapsyen 'At the set with wife @zaremazaina. #TheGlups'.
Menerusi foto tersebut ramai yang memberikan komen positif tanda mereka menyokong Aidil melibatkan diri dalam dunia lakonan.
Dalam pada itu, ada juga pihak yang memberikan komen kononnya Zafuan menerima tawaran berlakon kerana ingin membayar nafkah tertunggak kepada bekas isterinya kira-kira RM100,000 itu.

Sementara itu, Aidil berkata dia enggan mengambil serius tentang komen-komen tersebut kerana menganggap ia tidak memberikan sebarang faedah dan hanya akan menambahkan masalah kepadanya.
Bagaimanapun Aidil mengakui dia kini terlibat dengan sebuah penggambaran, namun enggan mendedahkan secara terperinci sama ada ia sebuah drama ataupun filem.
"Sebelum ini diakui, saya pernah ditawarkan berlakon tetapi masa itu saya tidak menerima tawaran tersebut. Entah kenapa kali ini apabila ditawarkan berlakon saya setuju.
"Cuma saya tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut tentang karya ini. Nantikan sahaja sidang media yang akan diadakan tidak lama lagi," ujarnya."Sebelum ini diakui, saya pernah ditawarkan berlakon tetapi masa itu saya tidak menerima tawaran tersebut. Entah kenapa kali ini apabila ditawarkan berlakon saya setuju.
Ditanya adakah dia akan mula bergiat aktif di bidang lakonan pula, kata Aidil:
"Apa-apapun karier sebagai pemain bola sepak diutamakan dahulu sebelum menerima apa-apa tawaran lain."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: