Wednesday, June 25, 2014

Neelofa & Hans Isaac Berpakat Rahsiakan Putus Cinta


Hans Isaac dan Neelofa sudah putus cinta...
KUALA LUMPUR: Pelakon Neelofa memberitahu, dia dan Hans Isaac telah sepakat untuk merahsiakan kisah putus cinta mereka yang berkahir pada Januari lalu bagi menghormati permintaan Hans yang mahu mencari kekuatan terhadap kesedihan itu.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, Hans memintanya tidak mendedahkan kepada pihak media buat sementara waktu kerana dia belum bersedia menghadapi kenyataan tersebut.

"Secara terus-terang kami sudah berpisah awal Januari lalu namun kami sepakat untuk tidak mendedahkan perkara itu dahulu.

"Hans minta agar perkara ini diberitahu kepada media pada Jun kerana dia belum bersedia dan ingin mencari kekuatan," katanya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Kecantikan Airish Fashion Cosmetic, di Hotel The Royale Chulan, di sini, Isnin.

Pada majlis itu turut memperkenalkan Neelofa sebagai duta kepada produk tersebut.

Sementara itu, dia menafikan penglibatan mana-mana pihak sebagai orang ketiga dalam hubungan yang dibina lebih dua tahun itu.
mStar Default Image
Neelofa bersama wakil dari Airish Miracle.

"Saya hormat dia atas segala kebaikan dan tunjuk ajar dia selama ini kepada saya dan disebabkan itu saya merahsiakan punca kenapa kami berpisah.

"Bagaimanapun, ia tiada kena mengena dengan campur tangan pihak ketiga sama ada saya atau dia, kami berbincang dan selesaikan ia secara baik," ujarnya.

Tambahya, dengan penjelasan yang diberikan ini, dia tidak mahu terus dikaitkan dengan Hans lagi.
"Umum tahu tentang hubungan kami biarpun kami tidak pernah beritahu kami bercinta, jadi selepas penjelasan ini harap-harap tiada lagi perkara yang mengaitkan saya dengan dia.

"Saya sudah boleh terima kenyataan dan selepas berpisah saya banyak sibukkan diri dengan kerja dan bisnes, Alhamdulillah semuanya sudah baik sekarang," katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut menafikan dia sedang mengenali dan rapat dengan seseorang lelaki.

Bagaimanapun, dia mengakui jika ada lelaki yang bersesuaian dengannya, dia tidak mahu menunggu tempoh yang lama untuk bercinta.

"Saya belum ada lelaki istimewa lagi buat masa ini, masih terlalu awal untuk fikir perkara itu.

"Namun kalau ada lelaki yang sesuai dengan saya daripada segala sudut apa salahnya dan saya tidak mahu buang masa lama-lama untuk bercinta," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang produk berkenaan Neelofa berkata, dia menerima tawaran sebagai duta berikutan keyakinannya terhadap kualiti produk tersebut bertaraf antarabangsa.

Jelasnya, produk itu juga bagus untuk semua kulit yang bermasalah atau tidak.

"Saya yakin dengan produk ini setelah mencubanya beberapa bulan dan hasilnya sangat memuaskan.

"Selain itu, cara pembuatan dan kualiti produk ini boleh dipercayai dan mempunyai taraf sama dengan produk berjenama mewah dan terkenal antarabangsa," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: