Friday, June 20, 2014

Produk idaman lelaki maskulin

FURYNA (tengah) bersama dua pembantunya menunjukkan label produk Kolagen Turbo Auramen yang mengandungi protein whey.


MASALAH jerawat di muka dan leher menghantui kehidupan Mohd. Fahmy Othman, 28, sejak menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor pada tahun 2009.
Ke mana-mana sahaja dia pergi, pasti dibawanya tisu basah sebagai persediaan jika kulit mukanya terlalu berminyak.
Ini kerana, masalah jerawat bukan sahaja memberi kesan negatif pada wajahnya malah dia turut tertekan apabila sering menerima teguran daripada rakan-rakannya.
Bagaimanapun, masalah tersebut hanya tinggal kenangan apabila guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Islamik Tawau, Sabah itu menggunakan produk keluaran syarikat barangan kesihatan dan kecantikan, Aurawhite Global Sdn. Bhd. (Aurawhite).
“Selepas tamat pengajian di UiTM pada tahun 2012, masalah jerawat semakin teruk membuatkan saya terpaksa menyorok di dalam bilik selama enam bulan kerana malu untuk berdepan dengan orang ramai.
“Kulit muka dan leher kemerah-merahan kerana dipenuhi jerawat selain ada yang bernanah. Saya telah berjumpa doktor pakar kulit dan membelanjakan kira-kira RM3,000 untuk antibiotik dan ubat lain. Rawatan tersebut memberi impak positif tetapi tidak berpanjangan,” katanya.
Ekoran itu, Mohd. Fahmy sentiasa mencuba rawatan lain mengakibatkannya mudah terpengaruh dengan iklan berkaitan penjagaan wajah.
Ujarnya, sifat tidak putus asa itu akhirnya membuahkan hasil apabila dia mencuba produk Kolagen Beri Aurawhite pada tahun 2013.
Jelasnya, selepas tiga bulan mengambil minuman Kolagen Beri Aurawhite dengan konsisten, jerawat di wajah dan lehernya menjadi kecut dan hilang secara berperingkat. Selain itu, perubahan positif bukan sahaja dapat dilihat pada kulit wajahnya, tetapi juga kesihatan tubuh badan.
Keadaan itu membina kembali keyakinan dirinya untuk tampil di khalayak ramai. Namun, anak kedua daripada enam adik-beradik itu tidak berhenti di situ sahaja kerana dia turut mencuba pula produk terbaharu Aurawhite iaitu Kolagen Turbo Auramen.
SABUN muka lelaki Auramen dirumus dengan ekstrak stem epal phytocelltec bagi menyingkirkan sel kulit mati.


“Kolagen Turbo Auramen ini memberikan tenaga berpanjangan kepada diri saya dan membantu meningkatkan produktiviti harian sebagai tenaga pengajar.
“Tambah pula, formula terbaharu itu menepati cita rasa lelaki maskulin dengan nilai tambah protein whey (dadih susu) untuk membina otot secara semula jadi,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Penyelidiikan
Dalam pada itu, Pengasas Aurawhite, Nur Furyna Azmir berkata, produk minuman tambahan Kolagen Turbo Auramen merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan selama setengah tahun menerusi pusat penyelidikan dan pembangunan Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
“Sebelum ini, Aurawhite memperkenalkan Kolagen Beri yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Namun, selepas dua tahun sejak pengenalan minuman tambahan itu, kami mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna lelaki untuk menghasilkan produk khusus untuk mereka.
“Justeru, pada pertengahan tahun lalu, kami telah mengambil langkah progresif dengan mencari formula sesuai yang dapat membantu meningkatkan keperluan luaran dan dalaman lelaki,” ujarnya ketika ditemui di Wisma Aurawhite, Cheras.
Beliau yang mesra dengan panggilan Furyna berkata, minuman tambahan Kolagen Turbo Auramen dirumus khas dengan campuran kolagen bersama bahan pembakar lemak. Ia juga dihasilkan daripada formula campuran pelbagai beri dan ekstrak buah-buahan yang kaya dengan vitamin A, B, C, D, E dan antioksidan.
Antara manfaatnya ialah kulit akan kelihatan lebih cerah, bersih, dan jerawat akan berkurangan. Kolagen Turbo Auramen juga membantu mengawal berat badan dan membuang toksin serta lemak dari badan.
Bagaimanapun, Furyna memberitahu, selain bekalan tenaga, minuman tambahan Kolagen Turbo Auramen mempunyai kandungan protein whey, sebagai keperluan lelaki metroseksual.
“Ramai lelaki, terutama di kawasan bandar, pada hari ini berusaha keras untuk mendapatkan lengan dan perut yang berotot. Jadi kami telah menyediakan kandungan protein whey dalam minuman ini supaya dapat memberikan pulangan lebih kepada mereka, di samping menjaga kesihatan diri.
“Namun, kandungan protein whey tidak terlalu tinggi bagi mengelak otot terbentuk secara tidak natural,” katanya.

PRODUK Kolagen Turbo Auramen membantu menghilangkan jerawat.


Sementara itu, Pengarah Urusan Bersama Aurawhite, Saiful Safwan Mohamed Ghazi memberitahu, minuman menjana tenaga itu tidak mempunyai rasa pahit atau payau malah didatangkan dengan perisa istimewa iaitu beri liar. Kolagen Turbo Auramen sesuai diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur.
“Cara minumnya sangat mudah. Pengguna hanya perlu meletakkan dua skup ke dalam 150 mililiter air sejuk dan kemudian menggoncangkannya menggunakan bekas penggoncang minuman yang diberikan secara percuma.
“Jika minuman ini diambil secara konsisten, pembeli akan dapat merasai perubahan dalam tempoh masa tujuh hari,” jelasnya sambil memberitahu Kolagen Turbo Auramen dihasilkan menggunakan teknologi Korea.
Tambahnya, ketika ini, pihaknya membungkus kira-kira 1,500 Kolagen Turbo Auramen setiap hari. Ia disediakan dalam pek 900 gram untuk penggunaan selama sebulan dan dijual pada harga RM160.
Sabun muka
Dalam pada itu, Saiful memberitahu, selain minuman tambahan, Auramen turut memperkenalkan sabun muka lelaki Auramen dengan formula skrub dan bunga-bungaan.
Sabun tersebut sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Ia diperkaya dengan ekstrak stem sel epal phytocelltec yang membantu menyingkirkan sel kulit mati dan mencerahkan serta menghaluskan kulit wajah.
Sabun itu turut dilengkapi dengan keperluan kulit wajah, iaitu vitamin C, E dan A yang membantu melembapkan kulit. Selain itu, ia membantu membersih kulit wajah dengan lebih dalam dan mengawal penghasilan minyak. Keberkesanan sabun ini dapat dilihat dalam tempoh penggunaan yang konsisten selama dua minggu. Setiap satu pek mengandungi dua buku sabun pencuci yang dijual pada harga RM60.
Tambahnya, kini pihaknya turut menganjurkan pertandingan melibatkan pembelian sabun muka lelaki Auramen menerusi Peraduan Cari 10 Kelainan bersama Kosmo!-Auramen sempena Piala Dunia 2014.
Ujarnya, pengguna hanya perlu mengumpul empat siri peraduan tersebut yang digunakan dalam akhbar Kosmo! dan menghasilkan slogan RentapBrazil Kosmo!-Auramen 2014 secara kreatif dalam borang asal yang disiarkan pada setiap siri keempat bermula 6 Jun hingga 15 Julai.
Setiap penyertaan juga mesti disertakan satu kotak produk sabun muka lelaki Auramen sebagai bukti pembelian.
Lapan peserta bertuah bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM10,000 bersama hamper eksklusif Auramen dan cenderamata Kosmo!. Hadiah kedua berbentuk i-Pad Mini turut menanti lapan pemenang, manakala penyertaan terbanyak akan memenangi wang tunai bernilai RM5,000.
Aurawhite telah mengeluarkan lebih 10 produk kecantikan dan kesihatan termasuklah Kolagen Stemcell, Auramagique, Aurashine, Auraslim Shake, gel Auraslim Icycool dan tablet Smart Kiddies.
Untuk maklumat lanjut tentang produk terbaharu Aurawhite, orang ramai boleh melayari laman rasmi www.aurawhite2u.com atau instagram di Auramenofficial dan menghubungi talian ibu pejabat di 014-2388 884 atau 014-2399 995.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: