- Norman Abdul Halim
“SUDAH banyak kali saya berhubung dengan Joe (gitaris) untuk berjumpa dengan semua anggota Wings.
Sehingga kini saya masih menunggu tarikh yang sesuai daripada pihak mereka,” jelas Presiden Eksekutif KRU Music, Norman Abdul Halim ketika ditanya sama ada telah bersemuka dengan Wings mengenai kes cetak rompak album, Menakluk Kosmos daripada kumpulan itu.
Baru-baru ini menerusi sebuah portal hiburan, penyanyi Wings, Awie akui kesal menjalinkan kerjasama dengan pihak KRU Music Group dan menganggap syarikat itu seperti tidak diambil peduli terhadap apa yang berlaku.
Mengulas kenyataan itu, Norman berkata, pihaknya bukan sahaja membuat laporan polis, malah kes tersebut turut dipanjangkan pada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan selanjutnya.
“Kami telah membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini.
“Malah laporan ke KPDNKK melalui RIM telah dibuat pada April lagi, sebelum pihak Wings sendiri membuat laporan polis.
“Buat masa sekarang, kami sedang menanti tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa,” ulasnya.
Dalam pada itu, Norman bagaimanapun enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai kekesalan Awie terhadap kerjasama yang telah dijalinkan dengan syarikatnya.
“Mengenai hal ini, saya memang tidak mahu memberi sebarang kenyataan lebih lanjut tentang masalah dalaman yang berlaku antara pihak kami dengan mana-mana artis lain atau kakitangan pihak kami sendiri.
“Lagi pun kontrak kami bersama Wings hanyalah untuk satu album sahaja,” ujarnya.
Pada 20 Mei lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, berhubung empat lagu dalam album terbaharu mereka iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini telah dicetak rompak.
Nama terjejas?
Sementara itu, Norman turut menafikan nama baik syarikat miliknya terjejas ekoran konflik yang berlaku.
“Sudah 22 tahun KRU bertapak dalam industri. Sepanjang perjalanan itu juga banyak pencapaian yang kami catatkan sama ada di dalam mahupun di luar negara.
“Bila perkara seperti ini berlaku, orang ramai boleh menilai sendiri,” tegasnya.
Norman juga memberitahu, biarpun isu ini masih belum menemui jalan penyelesaian, pihaknya masih menjalankan tanggungjawab sebagai penerbit album tersebut.
“Apa yang penting, sehingga hari ini kami masih meneruskan tugas mempromosikan lagu-lagu dalam album tersebut.
“Alhamdulillah sambutan album ini amat baik di pasaran sekarang,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: